“Bakal menantu ke tu?” Foto Remaja Lelaki Di Majlis Hari Lahir Anak Abby Abadi Jadi Perhatian

Baru-baru ini, keluarga besar pelakon, Abby Abadi telah pun mengadakan sebuah majlis bagi meraikan hari lahir anak gadisnya, Marissa Diana yang ke-15 tahun. Majlis serba ringkas namun meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat termasuklah bapa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kehadiran seorang remaja lelaki yang dilihat ada bersama [...]

Keluarga besar pelakon popular, Abby Abadi dan bekas suami Norman Hakim telah pun mengadakan sebuah majlis bagi meraikan hari lahir anak gadisnya, Marissa Diana yang ke-15 tahun.

Majlis serba ringkas namun meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat termasuklah bapa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kehadiran seorang remaja lelaki yang dilihat ada bersama sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Bahkan, pelakon drama Gerak Khas itu turut memuat naik beberapa foto remaja tersebut bersama Marissa di platform Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Tindakan itu nyata menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen yang ingin mengetahui siapakah gerangan remaja lelaki tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Dalam pada itu, rakan yang juga merupakan seorang pelakon, Salina Saibi turut dilihat sempat mengusik Abby mengenai perkara tersebut.

“Bf ke bff tu?,” usiknya.

Melihat komen tersebut, ini respon balas Abby sendiri;

“Kawan sama sedarjah la,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengusik selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Abby dan Marissa.


Abby Abadi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim.

Mereka mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Namun pada 2009 mereka telah disahkan bercerai dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.