12 Tahun Hidup Bersama, Bunga Citra Lestari Kenang Foto Bersama Ashraf Sinclair

Tidak dinafikan, kehilangan insan yang tersayang dalam kehidupan bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Bunga Citra Lestari. Setelah lebih 5 bulan kehilangan suami tercinta, Bunga kelihatan tetap terus tabah menjalani kehidupan hariannya seperti biasa. Baru-baru ini, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada berkongsi beberapa keping foto arwah suaminya, Ashraf Sinclair bersama [...]

Kehilangan orang yang tersayang dalam kehidupan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi.

Setiap kenangan dan momen bersama pasti sentiasa bermain di fikiran setiap masa.

Itulah yang dilalui penyanyi Bunga Citra Lestari setelah lebih 5 bulan kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Namun begitu, Bunga kelihatan tetap terus tabah menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Baru-baru ini, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada berkongsi beberapa keping foto arwah suaminya, Ashraf Sinclair bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Hey You, I miss you.. Each and everyday..” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Difahamkan, perkongsian Bunga tersebut bersempena perkenalan bersama arwah Ashraf yang ke-12 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar Bunga terus tabah mengharungi ujian hidup.


Terdahulu, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.

Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.