“Baik sangat, saya suka..” Nyaris Dikebas Pelanggan, Peniaga Pecat ‘Runner’ Kesayangan

Menyambut Ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada kita.

Tidak kurang juga yang berkongsi  kisah suka duka Ramadan tahun ini biarpun suasananya berbeza gara-gara penularan Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.

Disamping kisah-kisah menyentuh jiwa yang menginsafkan ramai, netizen juga tidak terlepas berkongsi peristiwa yang menghiburkan sepanjang bulan mulia ini.

Runner pujaan pelanggan

Menerusi laman Facebook seorang wanita dikenali sebagai Miesya Sakinah berkongsi kisah antara seorang pelanggan wanita dan suaminya.

Serik nak jadikan suami runner 

Selain itu, menurut Miesya yang menjalankan perniagaan makanan, dia seakan serik untuk menyuruh suaminya menjadi runner penghantar tempahan gara-gara satu peristiwa pada 9 Ramadan.

Satu perkongsian paparan skrin perbualan WhatsApp yang dikongsi, seorang pelanggan bertanya kepada Miesya mengenai runner yang menghantar makanan kepadanya.

“Assalam akak, akak saya nak nombor telefon runner yang hantar makanan kat saya semalam boleh tak? Yang naik motor Y15.

Runner akak bagus, saya suka

Pelanggan tersebut turut memberitahu kepadanya yang runner merangkap suaminya itu seorang yang baik dan bertolak ansur.

“Bagus runner akak, boleh bertolak ansur. Baik sangat-sangat, saya suka,” ujar wanita itu.

Menjawab pertanyaan pelanggan itu, Miesya memberitahu isteri runner itu pastinya tidak boleh bertolak ansur untuk nombor telefon lelaki itu diberi tanpa izin.

Biarlah isteri dia saya tak kisah

Namun, Miesya masih tidak mendedahkan hal yang sebenar yang mana runner tersebut merupakan suaminya.

“Biarlah isteri dia tu, tak kisahlah. Eh-eh tu husband akak ke? Maaf akak. Sorry ampun, patutlah baik macam akak,” jawab wanita itu setelah dia tersedar mengenai status Miesya.

Kisah yang mencuit hati ini turut dikongsi Miesya mengenai beberapan paparan skrin WhatsApp itu atas kebenaran pelanggan berkenaan.

Runner itu dipecat serta merta

Lebih menghiburkan lagi apabila Miesya lagi secara berseloroh dalam posting di Facebook, suaminya kini diberhentikan kerja serta merta sebagai runner peribadinya.

Hati-hati korang yang suruh laki jadi runner tu. Akak dah serik. Hahahaha. Kesian runner peribadiku diberhentikan kerja serta merta oleh majikannya,” tulis Miesya.

Sementara itu, rata-rata netizen mengakui terhibur dan pelbagai reaksi dari orang ramai yang membanjiri ruangan komen posting tersebut