“Baik buat gelongsor je” Tangga OKU Terlalu Curam Buat Ramai Hairan

Seperti yang kita tahu, negara Malaysia merupakan negara yang cakna tentang kebajikan orang kelainan upaya (OKU).

Sebagai contoh, kemudahan parkir OKU, laluan khas buat OKU dan bermacam-macam kemudahan lagi!

Namun lain pula kisahnya baru-baru ini apabila seorang gadis memuat naik sebuah video yang memaparkan lorong khas OKU boleh mendatangkan maut!

Video yang dikongsi oleh @chilleklu telah mencuit hati ramai sehingga ramai yang berdekah melihat video tersebut!

Sebelum ini tular seorang pemuda menunjukkan kecuraman jalan OKU. Tidak melepaskan peluang, gadis ini juga berkongsi pengalaman yang sama di mana melihat lorong OKU yang curam!

Cara cakapnya yang spontan dan selamba membuatkan netizen semakin berdekah dengan tangga itu.

Walaupun baru dikongsi selama sehari, video yang berbaur kelakar itu berjaya mengutip tontonan sebanyak 990.2 ribu dan 122.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@chilleklu #stitch with @gegunduts ♬ original sound – whutt

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat kecuraman tangga yang ditunjukkan gadis itu.

Tak kurang juga yang berseloroh alang-alang curam, baik tangga itu dijadikan gelongsor saja.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“mana orang yg cipta ni, meh kita bincang sat.”

“kat masjid aku lebih kurang cmni, mmg tiap² hari ade pakcik meninggal”


“AHAHAHAHAH gelongsor membawa ke alam barzahh.😭”

“drg ingat wheelchair tu ada brek ke😭😭😭”

“Cuba buka pintu utk kita main gelongsor, weeeee~~~”

“ghisauuu eh 😂😂”

“Auto fly ni 😂😂”

“baik buat gelongsor je HAHAHAHA”