“Baik aku mengeras, mesti dia tak nampak” Budak Perempuan ‘Kejung’ Terkejut Jumpa Bumbleebee

Anak-anak kecil yang sedang membesar sering mencuri perhatian ramai oleh kerana kecomelan dan keletah mereka.

Sesetengah daripada kita juga pasti akan memerhatikan gelagat anak-anak kecil yang dibawa keluar oleh penjaga mereka sama ada di pusat membeli belah ataupun sebaliknya.

Orang kata, umur-umur beginilah yang seronok untuk dilayan. Ibu bapa yang sudah memiliki cahaya mata pasti faham akan keadaan ini.

Tular di TikTok beberapa hari lepas apabila seorang budak perempuan terkedu lalu mengeras apabila ternampak maskot Bumblebee, iaitu salah satu karakter yang diambil daripada sebuah filem bertajuk Transformers datang menghampirinya.

Dalam beberapa saat awal video itu, budak perempuan tersebut kelihatan baik-baik sahaja dan sempat memerhatikan gerak-geri Bumblebee itu.

Namun apabila si Bumblebee sedar dan membalas tatapannya, dia terus tertunduk dan mengejungkan seluruh badan! Dia seolah-olah berharap agar Bumbleebee itu tidak perasan kewujudannya.

Kejadian lucu ini terjadi semasa budak perempuan itu dibawa keluar bersama keluarganya di sebuah pasar raya.

Dalam video itu juga memaparkan Bumbleebee itu sempat melambai-lambai sebelum bertindak mencuit budak perempuan tersebut.

Reaksinya yang hilang 1000 kata membuatkan ibu bapanya yang sedang merakam situasi itu tertawa!

Video yang mencuit hati ramai wargamaya tersebut telah dimuatnaik oleh pengguna bernama @adamdeanng dan mendapat jumlah tontonan sehingga hampir sejuta!

Rata-ratanya terhibur melihat gelagat anak kecilnya itu.

Video tular di laman Tiktok:

@adamdeanng Full video #robot #berlakon ♬ original sound – adamdeanng – Adam Dean Ng

Berikut adalah komen-komen daripada wargamaya di TikTok.

“Baik aku mengeras mesti dia tak nampak”

“Ni bkn squid game nakkk . Knp kejung gitu ”


“Member tengah fikir “aku nak stop ke nak gerak. kalau gerak nnti dia kejar”