Rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT dan ianya sudah tertulis sejak kita masih dalam kandungan ibu lagi.

Sebagai umat Islam, kita perlu yakin dan percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita.

Malah,kita sebagai hamba-Nya haruslah redha dan perlu menerima ujian itu dengan ikhlas.

Namun, sudah pasti kita sebagai manusia biasa akan berasa sedih apabila melihat insan tersayang pergi buat selama-lamanya.

Seperti apa yang dialami keluarga ini yang hilang tempat bergantung secara tiba-tiba amat memilukan hati.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik oleh Norliza Mustapha di akaun TikTok, wanita berkenaan berkongsi kisah pahit yang telah mengubah hidupnya kerana kehilangan suami tersayang, Mohd Khamis pada tiga tahun lepas.

Mengimbas kembali detik sedih itu, Allahyarham suami bersama seorang anak lelakinya pada ketika itu berada di stesen minyak untuk mengisi minyak motorsikalnya, namun secara tiba-tiba suaminya rebah sebelum dipangku oleh pekerja di stesen minyak berkenaan.

Mujur ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan yang menunjukkan Allahyarham suaminya itu dibawa jauh daripada tempat mudah terbakar berkenaan.

Lebih menyayat hati lagi apabila anak lelakinya itu seperti tergamam serta hanya mampu berdiri di situ.

“Al-fatihah buat arwah suamiku. Pemergianmu meninggalkan seribu kenangan. Video ni sehari sebelum arwah meninggalkan diriku dan anak2 di pagi jumaat.”

@eizaamir82AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU. PEMERGIANMU MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN. VIDEO NI SEHARI SEBELUM ARWAH MENINGGALKAN DIRIKU DAN ANAK2😭 DI PG JUMAAT.♬ Terdiam Sepi – Nazia Marwiana

Difahamkan,  suaminya telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga pada keesokan harinya pada hari Jumaat yang mulia.

Norliza kini sendirian menggantikan tugas ketua keluarga bagi menyara lima orang anaknya dengan tabah.

@eizaamir82AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU. RINDU TANPA PENGHUJUNG 😭😭😭😭😭😭##KAMIRINDU.♬ Kemarin – Seventeen

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan apa yang terjadi terhadap keluarga Norliza.

“Allahuakbar…sian nye ank tu xtaw ape2 ttba ayh nye rebah mcm tu jew….innalillahiwainnalilahirojiun”

“Allahu. Salam takziah. Stay strong. Al-fatihah utk arwah suami sis. Semoga dtempatkn dlm kalangan solehin.”

“Al Fatihah dan salam takziah .. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..”


BACA: “Abah, abah, abah..” Anak Tak Berhenti Panggil Arwah Abah Dari Kubur Hingga Pulang Ke Rumah

Bahkan, ramai juga yang mahu menghulurkan bantuan untuk meringankan bebannya.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.