“Ayah memang degil” Biarkan Ayah Usung Tangki Oksigen! 5 Anak Lali Dimarah Orang Sekeliling

Sering kali kita dengar anak-anak merupakan ‘anugerah’ terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa.

Namun tanpa kita sedar, apabila seeorang anak itu semakin membesar, ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah ‘amanah’ buat mereka apatah lagi jika ibu bapa jatuh sakit ataupun sedang uzur. Pastinya yang terbaik kita berikan untuk bahagiakan mereka.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang lelaki warga emas Razali Said, 61,mengusung tangki oksigen seberat 15 hingga 20 kilogram menggunakan motosikal jenis skuter mencuri perhatian ramai.

Difahamkan tangki oksigen itu seperti teman rapatnya dan tidak kisah untuk mengusungnya kemana jua dia pergi termasuklah melepak bersama rakan.

Memetik laporan mStar, anaknya Siti Aisyah memberitahu, ayahnya merupakan penghidap Pulmonary Edema iaitu paru-paru berair sejak Oktober 2021.

“Menurut doktor, penyakit itu disebabkan berat badan ayah yang berlebihan dan obesiti. Jadi, ayah akan sesak nafas.”

“Lagipun, sejak bulan 10 dia mula mengadu sesak nafas dan sering demam. Masa tu, bila bawa ke klinik doktor suspek ayah dijangkiti wabak Covid-19 dan kemudian ayah terus dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan susulan.”

“Selepas pemeriksaan, Alhamdulillah ayah negatif Covid-19 tapi muncul pula sakit lain.”

“Doktor sarankan ayah mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta,” luah wanita berusia 34 tahun itu sambil berseloroh menyatakan ayah tercinta adalah seorang yang degil.

Bercerita lanjut, aisyah juga memberitahu bahawa bacaan oksigen ayahnya pernah jatuh sehingga bawah 80 peratus selain mudah letih dan sukar bernafas.

Susulan masalah kesihatan yang dialami oleh bapanya sehingga menyebabkan kesukaran untuk tidur malam, kini dia bersama adik beradik yang lain bergilir-gilir menjaga ayahnya.

“Ada satu hari tu, anak buah dia buat kenduri di Rawang Selangor. Kami dah pesan jangan pergi dan berehat saja di rumah… tapi macam biasa ayah seorang yang degil, jadi dia siap kemas baju untuk ke sana.”

“Pagi dia keluar hospital, malam tu juga dia siap nak ke Rawang dan sampai di sana sekitar jam 9 malam. Jam 11 malam saya dapat panggilan yang ayah sesak nafas sekali lagi.”

“Nasib baik masa tu saya dah hampir sampai ke Rawang, kemudian kami terus bawa ayah ke KPJ Rawang dan doktor minta ayah dihantar terus ke hospital besar untuk rawatan susulan. Tapi ayah tak mahu dan dia nak balik juga.”

“Keesokan paginya ayah hubungi kesemua anak-anak dia dan suruh ambil dia keluar hospital. Mujur pihak hospital kata boleh tapi kena terus balik Melaka sebab tak boleh berlengah.”

“Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan pulang… tiba-tiba ayah diserang sesak nafas sekali lagi sehingga oksigen dia turun ke paras 60 peratus dan setiba di Melaka terus masukkan ayah ke Hospital Oriental,” jelasnya yang kini menetap di Tangga Batu Melaka.

Difahamkan, kini keadaan ayahnya semakin baik namun ianya juga bergantung kepada tangki oksigen dan rawatan susulan.

Pun begitu, Aisyah juga mendedahkan bahawa ayahnya pernah ponteng jadual rawatan yang ditetapkan.

“Doktor sarankan kami beli tangki yang bersaiz kecil supaya mudah dibawa tapi bajet tidak mengizinkan. Oleh itu, mak akan selalu menemani ayah kerana terlalu risau tapi kadang-kadang mak pun ditinggalkan.”

“Masa awal-awal ayah usung temannya itu, orang sekeliling sangat terkejut dan marah sebab dia dibiarkan bergerak sendiri… sedangkan masa tu kami tidak tahu apa-apa, yelah masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal berasingan,” jelasnya yang turut tertawa kecil.


Tambah Eca, sejak ayahnya berhadapan dengan masalah kesihatan, dia dan adik-beradik yang lain sangat sedih namun dalam masa sama berasa geram kerana mempunyai ayah yang degil dan tidak mahu mendengar cakap.

“Memang suruh ayah duduk rumah saja dan pesan dia kalau nak ke mana boleh bagitahu supaya anak-anak bawakan. Tapi apakan daya, dia lebih gemar bergerak dengan skuter dan tangki oksigen sahaja,” katanya sambil memaklumkan kesemua adik-beradiknya tinggal dalam jarak 10 kilometer sahaja.

Video yang tular di laman TikTok:

@sitiaisyah321

Hello pulis tangkap ayah saya nij dia degil 😪

♬ original sound – siti aisyah

@sitiaisyah321 Reply to @hunnythebee ♬ original sound – siti aisyah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 636.2K tontonan, 36.1K tanda suka, 338 komen dan 256 perkongsian di applikasi TikTok.