“Awak terlalu besar untuk anak saya,” Kena Reject Dengan Mak Ex-GF, Pemuda Nekad Hilang 69kg

Lumrah zaman kini, ramai yang menjadikan rupa dan juga harta sebagai kayu ukur untuk mencintai seseorang sehinggakan berlakunya penghinaan yang membuatkan seseorang itu berada pada titik yang terendah.

Namun, ada juga yang menjadikan segala komen negatif sebagai penguat semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda yang lebih mesra dikenali sebagai Aizat Arifin nekad ‘keluar’ daripada masalah berat badan dengan oleh kerana cintanya sering ditolak dek kerana rupa paras.

Tiada apa yang mustahil didunia ini jika kita betul-betul berusaha. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Tidak dinafikan, 185kg ke 116kg bukanlah satu benda yang mudah untuk seseorang itu lakukan namun Aizat dapat hilangkan 69kg dalam masa setahun dengan menerapkan tahap konsisten dan disiplin yang sangat tinggi.

Turut mengakui, dia juga sering dijadikan bahan gurauan oleh kerana bentuk badannya yang begitu besar dan tidak ideal.

Menurut Aizat, dia dapat menurunkan beratnya itu dengan tidak mengambil sebarang pil atau ubat kurus pun. Ini yang dia amalkan sehingga tampil susut dan bergaya.

“185KG -116KG 1 tahun tanpa ubat. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman, amalkan DSSS dan cut gula, minyak serta senaman lebih. Mineral water 3 liter sehari.”

Dia turut mendedahkan bahawa pada 3 bulan awal permulaan untuk berubah, dia hanya makan pagi sahaja iaitu dengan hidangan bihun goreng setiap hari sehingga cukup tiga bulan. Selepas itu baru dia memulakan diet suku-suku separuh dan hanya minum air kosong.

“Lepas tiga bulan, baru saya try diet baru… saya makan roti kering, air masak, apple hijau dan air lemon kosong panas. Yang paling penting bagi saya exercise.”

“Sekarang, saya amalkan makan suku-suku separuh dan kurangkan gula serta minyak. Untuk sampingan pula, sahaja selalu amalkan makan apple hijau dan telur rebus serta air kosong 3 liter sehari.”

“Kalau senaman saya suka jogging dan lompat bintang serta bermain besi (dumble) setiap hari bila ada waktu kelapangan.” jelasnya.

Video yang tular baru-baru ini: