Connect with us

Viral

“Aniaya Haiwan!” Tarik Penyu Ke Permukaan Air, Aksi Biadap Lelaki Ini Undang Kecaman Warga Netizen


Umum mengetahui, penyu laut adalah antara haiwan marin yang tergolong dalam spesies terancam. Jumlahnya di serata dunia direkodkan semakin berkurangan saban tahun.

Malah ada juga kempen kesedaran untuk menyelamatkan spesis ini agar tidak terus terancam.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular dimana memaparkan aksi beberapa orang individu yang sedang menyelam di Teluk Dalam, Pulau Redang.


Dapat kita lihat, dia menarik seekor penyu dari dasar laut sehingga ke permukaan air bagi menunjukkannya haiwan itu kepada beberapa individu lain tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman malah beliau berkata perbuatan memegang penyu adalah salah mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985.


“Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu mengikut akta tersebut. Kerajaan negeri kesal dengan insiden ini dan berharap ia tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Tidak cukup dengan itu, Naib Pengerusi Persatuan Pengusaha Bot Pulau Redang Azmi Awang juga turut memandang serius terhadap isu ini.

“Kami kesal dengan tindakan pengusaha bot yang masuk ke taman laut Pulau Redang membawa pelancong untuk melihat penyu secara tidak beretika.”

“Setiap pengusaha bot perlu peka dengan peraturan yang dikuatkuasakan dan mengingatkan pelancong agar tidak menyentuh penyu ketika mengadakan aktiviti snorkeling,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizn berang dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab dan sekaligus menggangu habitat penyu tersebut.

Antara komen warga maya:

“mohon updat susulan dari kes ni.. update berkenaan tindakan yang diambil kat budak ni.. aku tak nak update tentang permohonan maaf”

“salah tetap salah. pastikan pihak berwajib lakukan tindakan”


“perkara yang tak harus didiamkan.. perasaan bercampur baur tengok penyu tu diperlakukan macam tu”

Video yang tular di laman Instagram:


Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)