“Anak tunjuk ‘kakak'” Kipas Berpusing Walau ‘Soket’ Dah Cabut, Wanita Ini Nekad Pindah Ketika Sarat Hamil

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.

Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dikatakan diganggu makhluk halus di rumahnya sendiri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naiknya di laman TikTok @arinayasminhassan, dapat kita lihat kipas yang bergerak sendiri dan berpusing walaupun soketnya telah dicabut malah berhenti betul-betul menghadap wanita ini.

Difahamkan, dia sempat merakam kejadian mistik tersebut sewaktu sedang mengemas rumah untuk berpindah keluar.

Tampil mendedahkan cerita seram yang dialami, dia juga memaklumkan anaknya sering bercerita tentang ‘kakak’ yang berada di dalam rumah tersebut sedangkan mereka hanya tinggal berdua ketika suami sedang bekerja.


Malah ada satu hari anaknya pernah menunjukkan ‘kakak’ tersebut namun tiada siapa yang dilihat oleh wanita ini.

Tidak cukup dengan itu, adakalanya pintu grill rumah diketuk namun tiada orang sewaktu diperiksa bahkan mainan anaknya juga sering bergerak dengan sendiri.

Wanita ini bagaimana pun membuat keputusan berpindah atas sebab utama dirinya yang bakal melahirkan cahaya mata dan berpantang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meremang bulu roma apabila melihat kipas tersebut berpusing dengan sendiri sedangkan tiada angin lalu pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berkongsikan pengalaman masing-masing sewaktu di ganggu oleh makhluk halus di dalam rumah mereka.

Antara komen warga maya:

“kami pernah juga kena kacau blender  pusing sendiri”

“Arghh tetiba teringat waktu senja 1 hari tu, dengar orang panggil macam urgent sangat2 panggil dengan nama kuat lari la pi bukak pintu tapi tak dak orang”


“takut pula nak sewa rumah.. dulu masa kami pregnant dok sorang laki p kerja pon kami besa kena kacau”

“semoga dipermudahkan segala urusan akak sekeluarga”


Video yang tular di laman TikTok:

@arinayasminhassan Pengalam duduk rumah berhantu.. #fyp #fypシ #fypdongggggggg #viral #malaysia #viralvideo #malaysia #viralmalaysia #tiktokmalaysia #tiktokpelitfyp ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

@arinayasminhassan Nahhh mana yg minta sambungan cita hantu kami… #fyp #fypシ #fypdongggggggg #viral #malaysia #viralvideo #tiktokpelitfyp #horrorstory #ceritahantumalaysia ♬ Horror Sound Music – Mauro Rawn