Anak Terlantar Tak Makan 2 Minggu, Doktor Geram Dengar Jawapan Ibu Sibuk Bekerja

Seorang doktor telah berkongsi satu kisah menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak yang dimasukkan ICU kerana tidak diberi makan selama 2 minggu.

Menerusi perkongsian di laman Twitter itu, Dr. Ana berkongsi bagaimana tergamaknya seornag ibu membiarkan perkara begitu hanya kerana kesibukan kerja.

Hari ni rasa tekilannn sangattt, pagi-pagi masuk kerja dah di ‘hadiah’ kan kes tenat.

Tunggang terbalik nak selamatkan nyawa. Akibat ibu ayah yang… jenis TAK KISAH?

Kenapalah ada ibu ayah yang tak kisah pada anak sampai anak tinggal tulang.

Bayangkan, Anak tu nak gerak jari pun takde tenaga. Dia gerak mata je. Dia nak cakap dengan saya dia cungap-cungap dia bisik.

“penat..”

Anak tu dah pengsan petang semalam. Masih simpan di rumah. Tunggu tengah malam. Tak tau kenapa.

Bila tanya tak nampak ke anak tu makin kurus? Jawapannya:

“saya kerja… Anak tak nak makan.. Saya nak buat apa?”

Dia tak rasa berat badan mcm tu tak normal untuk anak. 2 minggu anak tu tak makan. Air je minum. Mak masih rasa ‘dia ok je’.

Bila dah tak sedar diri baru nak bawa. Bila tengok mak nya… Bergaya! Bila dah tenat kat icu, Tak sedar dah. Mak baru sibuk tanya “boleh suap makan tak?”

Kenapa 2 minggu lepas tak suap??? Saya nangis geram.

Kesian anak itu

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak tersebut.

“Stress baca kes macam niii. Aku anggap je lah mak bapak dia miskin sangat tak mampu bagi makan. Dan biarkan anak matii sebab tak mampu tanggung.”

Budak tu umur brp ye doctor? Allahu kesiannya. sy anak xnak makan pon dah risau, mesti nk complete 3kali meal plus snacking. Boleh pulak maknya biar sampai tenat ye x boleh brain.”

Buat laporan polis

Malah ada juga yang menyarankan agar Dr Ana membuat laporan polis agar kebajikan kanak-kanak tersebut terbela.

“Ambil tindakan doc dekat mak ayah budak tu. tolong. kesian anak2. mereka lahir tak boleh pilih siapa mak bapak mereka. semoga Allah permudahkan ”

“Rasanya doctors dah report polis tu.. pengabaiann kepada kanak2 mmg boleh dihukumm bawah law.. dah jd kewajipan pegawai perubatan utk make report..no worries”