Connect with us

Viral

Anak Terjatuh Dalam Tasik, Tindakan Pantas Bapa Raih Pujian Netizen

Dalam fasa membesar, anak-anak akan jadi lebih aktif dan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.

Macam yang kita tahu, seorang ayah ni nampak sahaja seperti tidak banyak bercakap, namun bila bercakap sahaja soal ‘keselamatan anak’, pasti itu menjadi keutamaan bagi mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bapa menyelamatkan anaknya yang terjatuh daripada tasik di sebuah taman rekreasi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular, dapat kita lihat pada budak perempuan itu terjatuh oleh kerana ada ruangan kecil di penghadang yang mereka berdiri.

Pun begitu, mujur si bapa kekal tenang dan terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan anak perempuannya. Kanak-kanak itu bagaimana pun berada dalam keadaan selamat sambil tenangkan si bapa.


Dilaporkan tiada kecederaan yang serius berlaku pada kedua-dua mereka dan lelaki itu selamat membawa anaknya keluar daripada tasik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji tindakan pantas si ayah yang terus terjun menyelamatkan anaknya.

Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan sikap ayah ini yang kekal tenang sehingga mampu mengawal situasi panik itu.

Tidak cukup dengan itu, netizen mempersoalkan tahap keselamatan fasiliti yang ada di tasik tersebut yang mana dikatakan tidak selamat terutamanya untuk kanak-kanak.

Antara komen warga maya:
“Bahaya, penghadang dia tu dia buat terkeluar dari simen atau tempat berdiri tu kan.”

“Tinggi juga tu ayahnya terjun dengan air yang tak berapa nak dalam…”


“Nasib baik ayah dia laju dan tenang. Nak buat macam mana benda terjadi sekelip mata…”

“Ayah yang terbaik untuk melindungi keluarga tersayang.”

Video yang tular di laman TikTok:

@malaysianupdatenews Kasih sorang bapa yang tanpa berfikir panjang terus terjun Selamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam tasik. Kejadian di Central Park Batu Kawan. Lokasi orang ramai beriadah area Ikea. #malaysianupdate #videoviral #trending #beritaditiktok ♬ Laughing – Gianluca Marino

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)