Anak Susut 18 Kg Secara Mendadak, Ibu ‘Down’ Doktor Sahkan 80 Peratus Leukemia

Anak bukan sahaja merupakan anugerah terindah buat setiap insan yang bergelar ibu dan bapa malah anak juga merupakan amanah yang perlu kita jaga sebaik mungkin.

Anak terjatuh sedikit pun para ibu sudah risau apatah lagi bila menghidap penyakit kronik. Sudah pasti kita akan melakukan apa yang termampu untuk melihat anak kembali aktif dan ceria bukan?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak lelaki tunggal Zawati Sembok iaitu Amir Aidil Yushairi Mohd Isa, 17, disahkan menghidap Chronic Myloid Leukemia mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mstar, remaja ini terpaksa terlantar di atas katil dengan melakukan pelbagai prosedur rawatan hampir setiap hari.

“Awal tahun baru ni anak saya demam waktu malam seminggu. Saya sedih tengok badan dia lesu dan wajahnya pucat sangat. Jadi saya ambil keputusan untuk bawa pergi klinik ambil darah.”

“Saya nak check tu takut ada penyakit sebab macam makan diri je. Makan selera saja tak ada masalah tapi makin kurus. Saya risau tengok keadaan dia macam tu.”

“Dulu anak saya ni gemuk. Tapi sejak akhir-akhir pertengahan tahun lepas badan dia makin susut. Dia tetap aktif macam biasa siap main bola dan bersukan lagi,” jelas ibunya.

Keputusan ujian daripada Makmal Patologi diterima pada 16 Januari 2022 selepas tiga hari menghantar sampel darah,

Pada peringkat awal anaknya disahkan menghidap leukemia, Wati berkata dia sendiri berasa ‘down’ dan kerap menangis mengenangkan penderitaan ditanggung anaknya.

“Dalam masa 3 hari, saya dapat keputusan ujian darah dari Path Lab yang sahkan anak saya ada penyakit leukemia. Tapi saya macam masih tak dapat terima hakikat.”

“Jadi saya bawa pula result anak saya tu jumpa doktor dekat klinik swasta. Memang ujian doktor dekat sana pun sahkan anak saya 80 peratus menghidap penyakit leukemia.”

“Dua hari saya menangis bila dapat tahu pasal keputusan ujian anak saya tu. Saya tak kuat nak terima hakikat atau beritahu anak saya sendiri jadi saya ambil dia dari asrama sekolah, dan bawa dia pergi ke klinik untuk doktor terangkan sendiri dekat dia,” katanya.


Difahamkan, kini anaknya masih menerima rawatan peringkat awal dan mengambil makanan tambahan dan ubat-ubatan.

Lebih menyayat hati, ibu kepad empat cahaya mata ini terpaksa berulang alik dari mengambil dan hantar anaknya yang bersekolah di Sekolah Agama Tahfiz Kampung Laut, Kuala Terengganu ini, untuk menerima rawatan di hospital.

“Lepas dah sahkan anak saya ada kanser, dia kena tahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah dekat Kuala Terengganu. 10 hari anak saya kena drip air 40 botol dan makan ubat untuk kemoterapi. Kos ubat tu untuk 14 biji saja pun sudah RM5166 tapi anak saya masih student jadi ubat tu masih percuma dekat hospital kerajaan.”

“Walaupun dah macam-macam anak saya kena sampai berat dah tinggal 52 kilogram saja daripada 70 kilogram, dia tak pernah mengadu sakit. Bila tanya pun sentiasa jawab OK saja.”

“Sekarang anak saya tak boleh makan makanan solid macam nasi tu, dia makan kuih lembut-lembut saja sebab ada ulser yang banyak dalam mulut,” ujar ibunya.

Video yang tular di laman TikTok:

@watiisa Semoga Allah Panjangkan Usia Anakku #cancerfighter #staystrrong #IsaPrinting ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ


“Saya tak sangka video di TikTok mendapat perhatian ramai. Saya cuma nak kongsi pengalaman dan masa sama saya nak sampaikan mesej kepada ibu bapa yang juga senasib.”

“Saya bersyukur apabila orang disekeliling saya sangat baik dan sangat banyak bantu saya dari segi mental dan fizikal.”

“Papanya (ayah Aidil) selalu tunjuk dia kuat depan anak-anak walaupun dalam hati siapa yang tahu. Disebabkan takut Aidil kena warded lagi, tahun ni kami beli baju raya lebih awal. Semoga kami satu keluarga dapat puasa dan sambut raya sama-sama tahun ni,” jelas ibu Aidil mengakhiri cerita.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.