Anak Masuk Dalam Sangkar Kucing, Gelagat Bapa Membebel Baru Lepas Mandikan Anak Buat Ramai Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun terkadang ada juga karenahnya yang membuatkan para penjaga ‘naik hantu’ melihatnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan menguji kesabaran ayahnya dengan masuk ke kandang kucing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @faiziraid, difahamkan budak perempuan tersebut baru sahaja lepas mandi dan apa yang membuatkan ayahnya pelik dia tiba-tiba senyap rupa-rupanya dia berada di dalam sangkar kucing.

“kamu tu dah lepas mandi kamu tahu tak.. ayah baru lepas mandikan kamu..yang kamu masuk dalam kandang kucing kenapa Nur Arissa Farhana.. Mampus kucing tu karang, keluar!” ujar ayahnya berseloroh.

Namun apa yang membuatkan netizen geram dengan kecomelan budak perempuan ini adalah dia sempat melawan dengan menjawab ‘tak nak’ sambil tangannya terus bermain dengan kucing.

Video yang tular di laman TikTok:

@faiziraidViral terus….♬ original sound – faiziraid

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 175.9K tanda suka, 4664 komen dan 7220 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat anak kecil ini yang selamba masuk ke dalam sangkar kucing untuk bermain dengan si bulus itu.

Dalam masa yang sama, para netizen juga hairan mengapa ada bongkah kayu menutup sangkar tersebut malah netizen sempat berseloroh ini mungkin abangnya yang ‘lock’ anak kecil tersebut daripada luar.

Antara komen warga maya:

“entah2 abangnya yang tolong lock kan dari luar”

“sampai dalam kandang kucing kau masuk ye dik..”

” saya bantu siasat ye.. mastermind mesti si abang dia kat luar tu.. sebab tu pintu tertutup dihalang dari luar.. done detektip konah”


“teringat adik anas dulu viral sebab masuk kandang kucing lah”

“melawan lagi tu ‘taknak'”