Anak Demam Lepas Mandi Kolam, Doktor Dedahkan Punca Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti di taman tema air ataupun mandi di kolam renang awam pada musim cuti sekolah ini.

Memang menyeronokkan tetapi ibu bapa harus waspada terutama jika anak mula menunjukkan simptom demam atau sakit selepas mandi di tempat terbuka.

Mari ikuti perkongsian dari Tuan Taufiq Razif ini.

__________

Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam!

Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI )

Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.

Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.

Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.

Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.

Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!

Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing

Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu.

Dr Ezairy M.Sallih berkongsi 5 bahaya untuk anak-anak kecil mandi di kolam.

Mari kita lihat 5 risiko bahaya anak-anak kecil mandi kolam.

1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.

2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?

3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.

4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.

5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.