“Jangan Jadikan Baby ‘Tikus Makmal’ Disebabkan…” Nasihat Jururawat Untuk Ibu Bapa Yang Ada Baby Bawah 2 Tahun

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Antara perkara yang paling merisaukan terutamanya ibu bapa muda adalah kesihatan anak.

Dalam hal ini biasanya mereka akan mendapatkan nasihat dari orang tua ataupun orang yang lebih berpengalaman.

Jururawat ini, Siti Saleha Jaafar berkongis tips untuk ibu bapa supaya sentiasa rujuk pada pengamal perubatan bertauliah jika ada apa-apa berlaku kepada anak kecil.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

________

Ada yang PM saya bertanyakan perihal status saya baby 3 bulan yang mninggal disebabkan oleh parent beri ubat tradisional. Betul terjadi ke?

Maaf, saya tak boleh kongsikan details mengenai kronologi di FB atau messenger. Semua itu adalah confidential dan saya perlu menyimpan kemas kerahsiaan pesakit..

Ya, baru terjadi pagi tadi dan ya. Saya yang attend bayi tersebut selepas pengasuh datang terus kepada saya.

Saya yang berlari membawa bayi tersebut hingga entah siapa lelaki-lelaki yang saya langgar dan rempuh.

Dan saya bersama-sama para doktor dan MA bekerjasama dan bergilir-gilir resus bayi tersebut.

Cukup!

Nasihat saya sebagai misi cabuk kepada para ibubapa di luar sana:

1) Jangan beri makanan/minuman kepada bayi bawah 6 bulan

Walaupun bayi anda lahir cukup bulan atau bukan bayi pramatang, tetap ingat bahawa organ-organ utama dalaman bayi belum matang sepenuhnya. Hatta nak beri air kosong pun dilarang.

2) Jangan beri sebarang ubatan atau supplement kepada bayi dibawah usia 2 tahun tanpa arahan dan pemantauan doktor.

Jika ubat/supplement yang dibekalkan adalah di bawah pemantauan dan nasihat para pegawai perubatan, ibu bapa boleh beri.

Jika doktor tidak beri ubat sedangkan anda sebagai ibu bapa rasa anak tidak sihat, sila bertanya dan jangan buat keputusan sendiri dengan beri rawatan ubat tradisional pada bayi!

3) Jadi ibubapa yang tegas!

Jika ada kawan, makcik, pakcik, sepupu sepapat, nenek, atuk, moyang, buyut ke nak suap sesuatu kat mulut anak hatta air kosong sekalipun, tolong katakan TIDAK atau bawa anak jauh dari mereka.

Nak dengar pendapat orang boleh, tapi jangan jadikan bayi sendiri ‘TIKUS MAKMAL’ disebabkan kata-kata

“Ehh, orang dulu-dulu elok jer bagi..besar jadi orang pun..”

ataupun,

“Ehh..anak si polan dan polan tue ok jer..tak mati pon..jadi orang besar2, bijak pandai lagi..”

Anak orang lain bernasib baik tak menjadi penempah nisan tapi adakah nasib anak awak juga akan sama?

Kami marah, kami bebel bukan sebab benci, bukan ada kepentingan peribadi tapi apa yang kami larang dan nasihat sebab sayangkan nyawa manusia. Kita manusia bukan kucing yang orang kata ada 9 nyawa.

Jangan jadikan tindakan kurang cerdik kita sekarang akan menjadi penyesalan dan bayang-bayang hitam di kemudian hari.

Cukuplah tragedi hari ini yang terjadi depan mata saya. Hiba hati dukung tubuh bayi sambil berharap bayi tersebut survive.

Sakitnya melihat tubuh kaku bayi tersebut, seolah-olah macam kena tikam dada, disiat-siat pedih dan sakitnya.