Ambil Cengkerang Di Pulau Tioman, Pakcik Diganggu Makhluk Halus Minta Pulangkan Semula Khazanah Laut

Bagi yang gemar bercuti di pantai, pastinya kita akan melihat pelbagai keindahan alam seperti air pantai yang jernih, bermacam jenis hidupan laut termasuklah cengkerang yang cantik-cantik.

Pun begitu, pernah dengar tak pesan orang-orang tua dahulu dimana kita tidak boleh sebarangan membawa balik ‘harta’ lautan ke rumah atas sebab-sebab tertentu.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pakcik diganggu kerana mengambil cengkerang di Pulau Tioman mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mermanpulau, difahamkan setiap pelancong akan di ‘brief’ terlebih dahulu tentang perkara tersebut namun ada seorang pelancong yang degil dan mengambil ‘khazanah laut’ untuk dibawa pulang.

“Pakcik tu ambil cengkerang dari sini untuk dibawa ke kampung salang, malam tadi, ada orang ziarah dia suruh pulangkan benda ni balik..”

“SEMUA LIFEGUARD & CAPT. Akan brief untuk every check point & ingt kan tentang undang2. So siapa yang tak dgr kena la tanggung sendiri”

Dapat juga kita lihat lelaki ini memulangkan semula cengkerang tersebut ke tempat asal dan dia bersyukur kerana pakcik terebut ‘diganggu’ ketika dia masih di sekitar pulau tioman dan bukannya setelah pakcik tersebut pulang ke rumah.

“Nasib baik pakcik tu kena dekat Salang dan bukan kena masa dia balik rumah. Peringatan, jangan siapa-siapa ambil barang-barang dekat sini ya.. cantik memang cantik tapi tak boleh ambil.. cumaboleh tengok sahaja.”

Video yang tular di laman TikTok:

@mermanpulau Sedikit info percutian ke pulau 🙏🏻🧜🏻‍♂️💕🌅. #fyp #islandlover #Masuktak #TheRaidOcean ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

@mermanpulau Reply to @hattadolmat_ yes. Naseb baik kena kacau masa pelancong masih di TIOMAN. 👁 . Peringatan untuk semua 🙏🏻. #fyp #islandlover #TheRaidOcean ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 235.2K tontonan, 18.6K tanda suka, 665 komen dan 560 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa eram dengan perkara tersebut dan ada juga segelintir daripada mereka berkongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dimana diganggu oleh makhluk halus kerana mengambil kahzanah laut.

Berikut merupakan komen warga maya: