14 Tahun Belum Ada Rezeki Cahaya Mata, Beto Kusyairi Redha & Ingin Cipta Kenangan Bersama Isteri Tercinta

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Beto Kusyairy, pelakon yang banyak menempa nama dalam industri perfileman tanahair kita.

Iospital phone repair gombak

Nur Kusyairy Zakuan Osman, atau lebih dikenali dengan namanya Beto Kusyairy, 42, sebelumnya pernah menyatakan seringkali dia menerima soalan mengenai penantian zuriat.

Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak pernah menyalahkan takdir dan akur atas rezeki yang telah dikurniakan kepadanya.

Difahamkan, pelbagai usaha turut telah dilakukan bagi mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan juga moden.

“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.

“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.

“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.

“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” jelas Beto.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik oleh pelakon tersebut di laman TikTok, ia memaparkan foto-foto detik manis Beto bersama isterinya, Tisha Shahar.

Namun apa yang mencuri perhatian warganet ialah soalan yang pernah dikemukakan kepada aktor tersebut yang dituliskan di dalam video berkenaan.

“Dah 14 tahun kahwin, takde anak lagi. Taknak kahwin lain ke?” soalan tersebut.

Lalu, dia terus menjawab dia hanya ingin mencipta kenangan bersama isteri tersayangnya itu.

“Saya hanya fikir untuk cipta kenangan bersama isteri,” jawabnya.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai memberikan kata semangat kepada Beto dan isterinya itu dan memuji sifat positif yang sentiasa diamalkan oelh aktor tersebut.

Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang serupa di dalam ruangan komen.

Antara komen netizen:

“alhamdulilah suami yg baik”


“keep maintaining the momentum sahabat… Allah Maha Adil… Jangan risau dengan mulut hamba² Nya… no need to take port in everything they said…”

“saya 8tahun br dpt anak..skrg umur ank 5tahun…insha allah ade rezekinye nnt…aminnn”

Video TikTok yang tular:

@user1285999598428 Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah😊 #fansbetokusyairy #fyp #foryou #foryourpage #fypシ #fypシ #masukberanda #masukberandagak #masukberandagak #berandafyp #berandagak #berandafyp #berandafyp #foryou #halimun ♬ original sound – I . S . A ✌🏼 – A | R 🩹