“Allah masih tutup aib” 23 Tahun Kahwin Tiada Kad Nikah, Suami Isteri Nyaris Ditangkap Basah Ketika Bercuti

Bagi mereka yang sudah mencdirikan rumah tangga, sudah pasti mempunyai kad nikah kerana ianya amat penting bagi membuktikan status pasangan tersebut. Namun pada zaman dahulu, kita perlu memohon untuk mendapatkan kad nikah dan membuatkan orang mengambil ringan tentang hal tersebut.


Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi detik mencemaskan sewaktu bercuti sambil bekerja mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, dia menggunakan cuti Tahun Baru Cina untuk menguruskan hal pernigaannya dan suami di Muar dan singgah di Kluang untuk bertemu rakan lama.

Dia juga berehat disebuah hotel sementara menunggu rakannya dari Kuala Lumpur untuk berkongsi ilmu perniagaan.


“Cuti sempena Tahun Baru Cina dianggap satu tiket untuk cg Eida membawa anak pergi bercuti sambil bekerja. Namun masalah utama ialah anak-anak tidak mahu bercuti dan akhirnya cg eida dan suami sahaja ke Muar untuk menguruskan perjalanan perniagaan kami.”

“Balik dari Muar kami singgah di Kluang. Disebabkan lama tak jumpa kawan lama di Kluang maka kami berehat di hotel selain memandangkan esok nak menunggu sahabat dari Kuala Lumpur nak hadir berkongsi ilmu perniagaan.”

“Jam 9.00 cg eida pergi bertemu sahabat lama. Manakala suami juga keluar berjumpa kawan lama satu kem. Disebabkan cg eida habis awal cg eida balik dulu ke hotel.”

Ketika di Hotel, pintu bilik Cg Eida diketuk oleh Pejabat Agama Kluang, walaupun takut namun Cg Eida bangga dengan pihak Pejabat Agama dan barisan polis yang sanggup bekerja walaupun masa cuti demi agama.

“cg Eida naik ke bilik jam 12.15 malam. Tak lama dalam jam 12.45 pintu bilik di ketuk. Ingatkan suami balik. Tapi dengar suara berbeza. Sangat takut. Pergi ke pintu tanya banyak kali. Katanya dari PEJABAT AGAMA KLUANG. Cg eida sangat kagum dengan pejabat agama dan barisan polis yang sanggup bekerja walaupun masa cuti, walaupun dah larut malam demi Agama. Moga usaha kalian menjadi asbab kalian di syurga Allah kerana menghalang penzinaan. Tahniah barisan pejabat agama dan polis.”

“Dengar perkataan pejabat agama komfem mengigil. Cg eida minta izin sebentar untuk pakai tudung dan meminta agar pegawai perempuan ada di situ baru cg eida akan buka pintu. Bukan apa karang buka pintu bukan pejabat agama. Takutnya.”

Allah masih tutup aib

Bagaimana pun wanita ini bersyukur pada ketika itu suaminya tiada di bilik kerana jika tidak sudah pasti mereka akan dibawa ke pejabat agama ekoran tiada kad nikah sehinggalah mereka menunjukkan bukti bahawa mereka merupakan pasangan suami isteri.

“Alhamdulilah pegawai wanita yang masuk. Mereka periksa bilik air, ambil IC dan keterangan. Kenapa cg eida kata Allah tutup aib kami. Ini kerana cg eida dan suami langsung takda kad kawin/nikah. Masa tahun kami kawin kad kawin/nikah kena mohon. Jadi benda yang kami anggap tak penting sebenarnya sangat penting.”


“Cg eida dapat bayangkan jika suami ada di bilik, pasti kami tiada bukti bahawa kami suami isteri. Kami tiada kad kawin/nikah, sijil nikah di rumah. Allah kalutnya. Pasti kami di bawa ke pejabat agama sehingga kami menunjukkan bukti bahawa kami suami isteri.”

“Namun Allah tutup aib kami. Allah dorongkan suami balik lewat atas beberapa sebab tak disangka. Atas peristiwa ini mengajar cg eida bahwa benda tak penting dan enteng pada kita sebenarnya adalah benda yang besar dan sangat penting.”

dia juga sempat berseloroh sambil mengingatkan orang ramai bahawa perkara yang kita anggap tidak penting itu lah sebenarnya paling penting dalm hidup kita.

“Jadi sahabat semua, ingatlah sesuatu yang kita rasa tak berguna, tak penting sebenarnya amat penting dalam hidup kita. Sama juga adik beradik atau kawan-kawan. Kadang ada kala kita rasa tak penting seseorang pada kita namun sebenarnya sesuatu yang tak penting sangat penting buat kita.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai daripada warga netizen yang masih belum ada kad nikah sehingakan ada yang sudah mempunyai anak dan cucu.

Bagaimana pun, perkongsian Cg Eida nyata membuka mata ramai pihak sehinggakan mereka berasa takut daningin memohon semula kad nikah bagi mengelakkan perakara buruk berlaku.

Berikut merupakan komen warga maya: