Connect with us

Viral

“Allah atur elok jodoh saya” Nekad Potong Kaki Lepas SPM, Wanita Ini Tak Sangka Ada Jejaka Kagum Dalam Diam

Jika sekali imbas, wanita cantik ini kelihatan seperti insan biasa apatah lagi dia mampu memandu seperti orng lain namun siapa sangka pada dasarnya wanita cekal yang memegang nama Ummi Nadhira Abdul Jabar, 27 sebenarnya kudung kaki kanan sehingga dia terpaksa memakai kaki palsu.

Memetik laporan mStar, dia yang mesra disapa Ummi ini mendedahkan membuat keputusan untuk memotong kaki dan memakai kaki palsu sejak usia 17 tahun pada 2011.

“Sejak kecil selepas saya dapat penyakit Arteriovenous Malformation (AVm), saya terpaksa bergantung hidup dengan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak disebabkan sebelah kaki saya ada urat saraf terlebih. Jadi saya susah nak bergerak tanpa bantuan.”

“Tapi kawan-kawan cakap dekat saya sampai bila nak hidup macam ni sebab nanti nak sambung belajar susah pula nak bergerak. Sakit saya ni pula sampai terpaksa jumpa doktor selalu, kadang tu sampai kena bermalam di wad. Hospital dah jadi rumah kedua saya.”

“Jadi lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya terus buat keputusan nak potong kaki. Orang lain semua pergi bercuti, saya habiskan masa kena belajar biasakan diri pakai kaki palsu,” ujar Ummi.

Bagaimana pun, Wanita ini tidak menafikan bahawa dia berasa sedih ketika mahu membuat keputusan untuk memotong kakinya tetapi terpaksa berbuat demikian demi kebaikan dan masa depan dirinya.

“Saya ada terfikir juga ada ke orang nak dekat aku nanti kan dengan keadaan macam ni tapi saya reda.” katanya yang kerja sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di Menara Berkembar Kuala Lumpur.

“Tak kisah kita ni siapa pun, macam mana ada kekurangan sekali pun, terima sahaja. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak terima diri kita kan.”

“Bila kita dah belajar sayang diri sendiri, terima kekurangan diri sendiri, pasti orang sekeliling pun akan terima diri kita seadanya,” katanya.

Becerita lanjut, wanita ini telah pun mendirikan rumah tangga sejak Ogos tahun lalu sekaligus bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan kehidupan bersama pasangan yang boleh menerima dirinya seadanya.

“Sebelum saya jumpa suami saya, ada terfikir juga ada ke orang nak dekat aku nanti dengan keadaan macam ni tapi saya reda, kalau ada tu, ada la.”


“Tapi Allah dah atur elok jodoh untuk saya. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan insan yang baik hati boleh terima saya seadanya walaupun dia normal je.”

“Saya kenal suami melalui seorang kawan. Selepas setahun lebih kenal, kami cadang nak kahwin. Saya pernah tanya dia dulu kenapa boleh terima saya. Dia cakap sebab hati saya yang sabar boleh terima diri saya sendiri yang serba kekurangan,” imbas Ummi.

Video yang tular di laman TikTok:

@umminadhira__ Everyday is a struggle, you just need to own it and take one step at a time 🥲 #foryoupage #amputee #tiktokmalaysia #fyp ♬ Pope Is a Rockstar – Sales

“Saya nak ambil peluang ni, saya nak tekankan dekat sini tak perlu rasa rendah diri sebab kekurangan kita. Biasanya saya tengok orang lelaki yang berani share pasal kecacatan diri mereka, orang perempuan jarang sebab tu saya beranikan diri share dekat media sosial saya.”

“Harapan saya semoga persepsi masyarakat terhadap golongan OKU (orang kurang upaya) bersifat lebih terbuka. Biarlah layanan yang diberikan sama rata sebab kami pun mampu untuk hidup dan lakukan kerja seperti insan normal lain juga,” tambahnya lagi.”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)