“Aku ludah muka hang!” Tak Puas Hati Pasang Khemah Tak Bayar, Penjaga Tandas Naik Angin

Kes penipuan dalam urusan jual beli kini semakin membimbangkan. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak diputar belit demi mendapatkan sejumlah wang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki hendak meludah muka pengunjung yang berkunjung di sebuah tempat peranginan mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang tular, dikatakan dua lelaki bertengkar berhubung penggunaan pemasangan khemah di Gazebo yang disediakan di kawasan perkelahan Tanjung Asam, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut sumber sorang pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran, Panglima Taji berkata, sejak dari kecil lagi dia dan keluarganya datang beriadah di kawasan itu dan tidak pernah dikenakan sebarang bayaran sehinggalah pada hari kejadian mereka didatangi lelaki yang mendakwa dirinya menjaga kawasan tersebut.

“Hari ini terjadi pertengkaran mulut dengan mangkok hayun ini. Kita dari kecik sampai sekarang dok mai mandi kat Tanjung Asam ni, dok berkhemah kat sini.”

“Sekarang dia suruh kita pasang khemah di tempat lain. Nak pasang khemah kat situ (tempat dalam video) bawah gazebo tu kena bayar RM50. Harey betul. Kata dia, situ dah ada orang booking.”

“Dia kata dia dok bayar RM30K kat PJS dan majlis. Gazebo ini pun dia habiskan duit RM9,000 kata dia buat. Macam kita ni orang luar, dia nak kencing (tipu),” katanya.

Bukan itu sahaja, malah lelaki yang meminta bayaran itu juga merupakan penjaga tandas awam sahaja danapa yang lebih menyakitkan hati adalah dia turut mengambil kesempatan menggenakan bayaran RM10 terhadap mana-mana individu atau pihak yang mahu berniaga di kawasan tersebut.

Hal ini bukan sahaja menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen malah mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dimana dia berasa kesal dengan apa yang berlku dan menyifatkan perkara seperti ini tidak patut terjadi.

“Saya tegaskan di sini bahawa kawasan berkenaan adalah milik rizab kerajaan dan boleh digunakan oleh orang awam tidak kira siapa mereka yang hadir untuk menggunakan ruang pantai ataupun gazebo yang disediakan oleh JPS DBD.”

“Buat masa ini tiada pihak yang diberikan kuasa untuk mengenakan apa-apa bayaran seperti ‘harta persendirian’ atau pihak yang diberikan kuasa tata kelola kawasan perkelahan tersebut,” katanya.

Video yang tular di laman Facebook: