Aksi ‘Hyper’ Kak Lina & Nabil Jadi Host Gegar Vaganza Undang Dekah Netizen

Program Gegar Vaganza yang menampilkan penyanyi profesional lama dan berpengalaman ini sentiasa mendapat sambutan ramai oleh penonton dari tahun ke tahun.

Walau bagaimanapun, Gegar Vaganza musim ke-9 tahun ini telah menerima pelbagai reaksi oleh segelintir warganet di platform media sosial yang mempersoalkan penyertaan Shila Amzah, Tomok dan Jaclyn Victor yang sememangnya masih relevan.

Selain dari peserta-peserta yang hebat, pengacara program Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini juga sering menjadi perhatian dengan gelagat mereka yang bersahaja. Pun begitu, pengacara asal Jihan Muse yang sedang berpantang telah digantikan oleh Elly Mazlein. Malah, kehadiran pelakon ini disambut baik oleh penonton.

Seperti yang kita tahu, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina ini mempunyai perwatakan yang ceria dan gila-gila. Namun gandingannya bersama Nabil Ahmad pada musim ini telah mencuri perhatian ramai dengan aksi mereka.


Menerusi beberapa perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok ini, memaparkan gelagat Kak Lina dan Nabil Ahmad di tepi pentas ketika persembahan minggu pertama oleh penyanyi Roy Kapillia.

Di dalam video tersebut, aksi Kak Lina yang ‘hyperactive’ menari membuatkan Nabil yang melihatnya juga tertawa. Apa yang lebih menghiburkan ialah apabila Tok Ram yang memerhatikan mereka itu membuatkan Kak Lina tiba-tiba ‘kejung’.


Di akhir rancangan, Kak Lina dan Nabil Ahmad yang sedang mengumumkan peserta yang layak untuk minggu kedua dalam segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ ini membuatkan rata-rata penonton tidak kering gusi dengan aksi mereka yang berseloroh itu.

Dalam pada masa yang sama, Nabil juga seperti sudah penat untuk mengawal perangai gila-gila Kak Lina.

 


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat gandingan Nabil Ahmad dan Kak Lina yang sentiasa menghiburkan ini. Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan tidak pernah bosan untuk melihat Kak Lina menjadi pengacara di mana-mana program.

Antara komen warganet:

“Cute je Kak Lina pom-pom kita buat perangai dah atas pentas tu..”


“Kak Lina jadi pengacara program apa pun tak pernah bosan tengok…memang minat kak lina dari dulu..no satu kak lina terbaik..”

“Masa ni Kak Lina tengah hyper..susah nak kawal dah..”

“Selalu jihan yang kena control nabil..tapi gv9 nabil yang kena control Kak Lina..”

“Kenapa lah comel sangat perangai daya…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@bellaastillah_94Punya seronok sampai tak perasan Tok tengah tengok 😂 terus kejung jap😝 Loveee lah kak Lina pompom ❤️♬ original sound – Bella Astillah

@sukasantau Ada Lagu Ada Lagi | Gegar Vaganza 9 (2022) | Minggu 1 #adalaguadalagi #gegarvaganza ♬ Gerhana – Gegar Vaganza 8 – Seven Editors