“Kami tak pernah sebut nama dia,” Ain Husniza Diberi Notis Tuntutan RM1 Juta Daripada Guru

Seorang pelajar perempuan iaitu Ain Husniza Saiful Nizam yang pernah tular atas isu mendakwa seorang guru membuat gurauan mengenai rogol memaklumkan bahawa dirinya telah menerima satu surat tuntutan sebanyak RM1 Juta yang perlu diselesaikan selama 7 hari.

Menurut bapanya iaitu Saiful Nizam Abd Wahab, tuntutan tersebut difailkan oleh guru terbabit atas dakwaan fitnah gurauan berkenaan.

Buat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi

Saiful Nizam berkata tuntutan itu difailkan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Ain menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

“Hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas “pernyataan-pernyataan fitnah”

“Dalam surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.”

“All i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan.” Katanya.

Menerusi perkongsiannya di media sosial Twitter, ramai netizen yang simpati dengan hal yang terjadi kepadanya dirinya kerana dia masih muda untuk menghadapi perkara seperti ini.

Dapat perhatian DS Anwar

Namun paling menarik perhatian apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menujukkan rasa simpatinya bahawa wanita seharusnya dilindungi dan dihormati.

“Tolong jangan normalisasi gejala ‘victim blaming’ terutamanya dalam kes seperti ini. Kita mesti hormati kaum wanita, dan kanak-kanak mesti dibela.

“Masyarakat mesti tegas melawan budaya jelek ini dan harus dukung perjuangan adik Ain.

“Teruskan perjuangan!,”

Tak pernah sebut nama

Dalam pada itu, bapa kepada Ain Husniza, Saiful Nizam Abdul Wahab mempertikaikan kewajaran tuntutan itu kerana anak perempuannya tidak pernah mendedahkan identiti guru terbabit atau secara khusus menyebut sekolahnya dalam tuduhan awal.

“Surat itu dikeluarkan oleh guru berkenaan kerana fitnah, walaupun kami tidak pernah menyebut namanya dan nama sekolah,” katanya.

Menurut bapanya lagi, dia berasa bimbang dengan emosi Ain kini tidak stabil dan sedikit beremosi tatkal dia akan menghadapi peperiksaan tahun ini.

Namun, dia dan beberapa pihak masih lagi sedang berbincang tentang tindakan yang akan diambil selepas ini.

Terdahulu, pada pertengahan bulan April seeorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah telah didakwa bergurau keterlaluan seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Susulan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memindahkan guru lelaki terbabit ke Jabatan Pelajaran.