“Aduhh troly aku kau angkut sekali” Reaksi Rosyam Nor Troli Pasaraya Miliknya Naik LRT

Semalam telah viral satu gambar dimana menunjukkan seorang wanita membawa troli pasaraya milik Datuk Rosyam Nor ke dalam LRT.

Gambar tersebut telah menyebabkan pelbagai tafsiran daripada netizen. Ada yang marah dan ada juga yang menganggap ianya lawak.

Datuk Rosyam Nor walaubagaimanapun tidak terus mengecam perbuatan tersebut, malah di dalam satu posting di Instagram Rosyam telah memuatnaik semula gambar tersebut dengan kapsyen bersahaja.

Diharapkan wanita tersebut memulangkan kembali troli milik pasaraya Datuk Rosyam dan tidak dijadikan ikutan para pelanggannya yang lain.

Sebelum ini Datuk Rosyam telah membuka rangkaian pasaraya berjenama ST Rosyam yang beroperasi di sekitar Lembah Kelang.

Cawangan pertama pasaraya ST Rosyam merangkumi 13 lot unit kedai, kata beliau, menemui pelanggan-pelanggan di kawasan perniagaan Setiawangsa, di sini.

“Ini merupakan percubaan pertama saya membuka sebuah pasaraya yang menjual secara borong dan runcit.

“Insya-Allah, ia akan beroperasi bermula Ogos ini. Pasaraya ini mensasarkan kepada pembeli dari barangan basah hinggalah barangan kering,” jelasnya kepada wartawan.

Menurut Rosyam, persetujuan untuk menceburi perniagaan runcit dibuat beliau sebagai perancangan masa depannya selain menyedari terdapat tuntutan terhadap bidang berkenaan dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai anak seni yang sudah lebih 30 tahun dalam dunia seni, peranan saya lebih kepada pemasaran dan promosi kepada pembeli.

“Ada lebih daripada 10,000 jenis barangan dapur,basah dan kering dijual di dalam pasar raya terbabit. Kami juga sasarkan untuk membuka dua lagi cawangan sebelum penghujung tahun ini,” kongsinya.

Sementara itu, kata Rosyam lagi, sejajar dengan kemajuan zaman teknologi masa kini, pihaknya juga akan turut menawarkan perkhidmatan pembayaran secara kad debit.

“Sebagai peniaga kita perlu memudahkan pengguna bukan menyukarkan lagi keadaan. Istimewanya pasaraya ini, pembeli tidak perlu lagi membawa wang tunai setiap kali mahu membeli keperluan asas.

“Hanya dengan penggunaan kad debit sahaja, pembayaran akan jadi lebih mudah dan cepat. Selain itu juga, kami juga sudah merancang untuk beroperasi secara atas talian dan juga perkhidmatan penghantaran kepada pembeli”

Semoga perniagaan Datuk Rosyam Nor akan sentiasa maju jaya!