“Aduh teruk juga ni” Gadis Selamba Makan Nanas Dengan Kulit Jadi Perhatian Ramai

Trend mukbang di sesetengah negara bukanlah satu perkara yang asing lagi. Sebilangan youtouber, instafamous dan tiktokers membuat video ‘mukbang’ dimana menunjukkan mereka makan makanan tersebut dengan sangat menyelerakan.

Erti mukbang ini diambil dari kata dalam bahasa Korea yaitu “meoknun” yang bermaksud “makan” dan “bangsong” yang berarti siaran.

Turut mengikut trend, seorang wanita membuat video mukbang dimana dia dilihat makan nanas namun cara dia makan buah nanas itu buat netizen seram!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jinsu65, kelihatan gadis yang dipercayai berasal dari thailand ini makan nanas tanpa mengupas kulit terlebih dahulu.

Dia kemudiannya mencicah nanas yang langsung tidak dibelah atau dikupas ke dalam semangkuk sos dan terus makan dengan seleranya.

Umum kita tahu buah nanas memang tajam dan macam mana dia boleh makan begitu sahaja tanpa ragu-ragu?

Video yang tular di laman TikTok:

@jinsu65Video ថ្មីប្លែកភ្នែកសម្រាប់បងប្អូន☺️☺️❤️

♬ original sound – បូរិន

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 6.2M tontonan, 273.5K tanda suka, 16K komen dan 12.8K perkongsian

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui ngeri melihat aksi selamba wanita ini yang makan nanas sekali dengan kulitnya yang tajam itu.

Dalam masa yang sama, netizen menyifatkan di dalam applikasi TikTok, kita akan jumpa pelbagai ragam manusia yang pelik dan ada sesetengah yang makan sahaja semua benda tanpa fikir baik buruknya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Kes dio ni la akau balik umah tok aku cari kaktus nak makan sebab nak rasa sedap ke tak. Tok aku cakap jangan nak tunjuk lapar sangat g makan nasi”

“Aku tunggu kelanjutannya, abis tak tuh”

“Aku bingung apa tak sakit tu mulut”

“Dalam TikTok ni kita akan jumpa manusia yang pelik2. Semua depa nak cekik”