“Adik Jangan Nangis..” Perli Ibu Kerap Main Phone, Adik Ini Ubah Lirik Bagi Ibu ‘Makan Dalam’

Anak-anak ini makin besar, makin panjang akalnya. Ada sahaja yang hendak dilakukan yang mampu membuatkan ibu bapa berdekah. Senang kata, hilang penat ibu bapa kerja seharian apabila melayan telatah anak-anak ini. Boleh sunyi jika mereka tiada di rumah.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seorang budak lelaki mengasuh adiknya yang menangis mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lyzamalek, dapat kita lihat seorang abang sedang menenangkan adiknya yang sedang menangis.

Dapat kita lihat, abangnya itu memujuk adik yang sedang merengek dengan menyangikan lagu Tepuk Amai-Amai.

Namun apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah dia menukar lirik lagu tersebut dan memerli ibunya yang sedang bermain telefon bimbit.


“Adik jangan nangis, emak tengok handphone..”

Apa yang lebih mencuit hati adalah dia memanjangkan lenggok perkataan ‘handphone’ seolah-olah ingin melepaskan geram yang terbuku selama ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki itu malah ada yang menyifatkan dia sangat berani melakukan perkara tersebut.

“Adik kau memang berani, ayah adik pun tak berani cakap macam-macam” – Netizen.

Antara komen warga maya:

“yang last sekali panjang nau phone nya.. perli sungguh niii”

“nasib adik tak boleh cakap lagi, kalau tak rancak borak pasal mak tengok hp”


“pandai ye, dalam lagu ada sindiran.. pandai kau dikk”

“kelakar betul adik ni.. berkali acik ulang tengok tak bosan..”

“comelnya diaaaaa, kecik2 dah pandai perlii..”

“lama benor pendam ni.. part last buktikan segalanya”

“jujur itu sememangnya pahit untuk ditelan”

“hahaha setepek mama kena”

Video yang tular di laman TikTok:

@lyzamalek♬ original sound – lyzamalek