Ada Tangan Di Lampu Siling, Pelajar Ini Cuak Siap Panggil Polis Rupanya…

Siapa tak cuak kalau tiba-tiba nampak kelibat aneh dekat rumah yang kita tinggal? Baik lelaki mahupun perempuan mesti akan rasa takut.

Bila rasa takut mulalah tak fikir apa, terus minta bantuan.

Di Amerika Syarikat, seekor rakun yang kelaparan cuba menceroboh dapur pangsapuri Bushwick dengan merangkak melalui lampu siling sehingga menakutkan beberapa orang pelajar yang menyewa di situ.

Kaki makhluk itu boleh dilihat dari siling, dalam pada mereka menjerit ketakutan, aksi rakun tersebut sempat dirakam dan dimuat naik di TikTok pada Khamis lalu.

Yesenia Irizarry, seorang pelajar berusia 21 tahun di Institut Teknologi Fesyen menelefon talian kecemasan sementara tiga orang lagi rakan serumahnya menjerit ketakutan.

Walaupun tangan yang muncul itu kelihatan seperti makhluk asing, Irizarry meminta untuk disambungkan kepada pihak kawalan haiwan.

“Sesetengah daripada kami menyangka ia adalah seekor rakun.” katanya.

Identiti makhluk itu disahkan apabila ia menolak lebih kuat untuk masuk ke dapur, membuka jurang yang lebih besar pada pingat siling yang mengelilingi lampu siling dan menampakkan kepalanya.

“Kami dapat melihat belang,” katanya.

Pegawai polis yang datang kebingungan, memberitahu keempat-empat pelajar yang ketakutan tadi untuk tidak terlalu mengendahkan rakun yang lapar tersebut.

“Nanti dia akan berputus asa, cubalah untuk tidur.”

Irizarry berkata tiada siapa dapat tidur dengan lena pada malam itu.

Apabila tukang bangunan tiba pada keesokan harinya, dia mengaku bahawa rakun sering menjadi ‘pelawat’ ke rumah itu serta menjelaskan sebab itulah pendiangan api ditampal.

“Penyewa yang lepas akan pulang ke rumah dan mencari rakun di ruang tamu,” katanya.

Irizarry berkata dia juga pernah melihat makhluk itu, tetapi di luar.

Tamika Alleyne, 21, seorang pelajar di Kolej Komuniti Borough of Manhattan dan salah seorang rakan sebilik, berkata dia tidak pernah menjangkakan pencerobohan haiwan seperti ini di New York City.

Empat rakan sebilik itu trauma dengan kejadian yang berlalu. Oleh itu mereka berpindah pada awal Februari. Irizarry dan Alleyne kini tinggal di Crown Heights.

Video yang tular di laman TikTok

@yeseniairizarry0 Some Freddie Krueger shiii #racoonsoftiktok #nycapartment #nyclife #racoontiktok #nyc #brooklyn ♬ original sound – Yesenia Irizarry