“Benda tu cute” Babak Bersentuhan Dianggap Sweet, Sharifah Rose Sudah Lali Dengan Komen Netizen

Seorang pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina binti Syed Mohd pernah membintangi beberapa drama Slot Akasia Tv3. Antaranya Kekasih Hati Mr.Bodyguard, 3 Nota Cinta dan Do You Love Me, Captain? Kini drama terbaharunya yang bertajuk ‘Ku Punya Hati’ adalah gandinganya bersama Nabil Aqil yang juga membawakan watak utama dalam drama tersebut.

Pun begitu, ada babak di dalam drama yang dilakonkan oleh pelakon ini sebagai suami isteri telah menerima pelbagai reaksi oleh segelintir pihak kerana menyifatkan Sharifah Rose dan Nabil Aqil kelihatan terlalu mesra dan kurang sopan.

Menurut sumber, Sharifah Rose yang mesra dipanggil Rose ini menjelaskan bahawa babak yang dilakukan mempunyai persetujuan bersama dan sememangnya tidak mempunyai masalah dengan babak bersentuhan dengan Nabil Aqil.

Malah Rose juga mengatakan dia mengetahui untuk menjaga batas penampilannya sebagai seorang wanita yang berhijab.

“Niat Rose untuk berlakon itu hanya sekadar lakonan semata-mata, tak ada la pegang yang extreme pun, perkara logik sebab kalau nikah memang akan salam dan bersentuhan..”

“Rose ada beritahu kepada pengarah abang AzmiHatta untuk elak babak bersentuhan sebab imej saya bertudung dan dia pun faham. Lagi pun setiap aksi yang dibuat itu hasil perbincangan dan persetujuan semua pihak danperkara yang kecil-kecil itu mungkin okay sahaja..” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Rose juga menyifatkan babak cabut uban dalam drama Ku Punya Hati adalah sangat ‘cute’ kerana menganggap ianya sebahagian daripada ‘bonding time’ suami isteri untuk menunjukkan adegan yang sweet.

“Untuk babak cabut uban tu, saya rasa benda tu cute, bonding time suami isteri. Takkanlah setiap masa nak duduk sebelah menyebelah. Jadi bosanlah, tu yang wujudnya scene sweet-sweet” ujarnya.

Tambah Sharifah Rose lagi dia menyedari adegan-adengan yang dilakokan bersama Nabil Aqil ini bakal menerima kecaman netizen. Bukan itu sahaja, pelakon ini tutut memaklumkan sudah menyiapkan segala mental dan fizikal untuk berhadapan dengan komen-komen yang diberikan tentang drama tersebut.