“Abang sepupu Vida ke?” Terkejut Kena ‘Cium’ Malam Raya, Tetap Gelakkan Diri Sendiri Walaupun Sedih Buat Ramai Terhibur

Tebuan atau lebah merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang menyakitkan dan boleh membawa maut jika ianya serius.

Lagi-lagi kalau kena dengan tebuan tanah kerana jenis tebuan ni memang sangat bahaya sebab dekat penyengat tu ada racun dan sakitnya bukan kepalang.

Sebab tu kita selalu dengar peribahasa ‘jangan di jolok sarang tebuan’. Memang cari nahas kalau saja-saja kacau atau tak sengaja terlanggar sarang tebuan.

Sama juga dengn kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda disengat lebah sehingga menyebabkan benjolan besar pada bibirnya ketika malam raya mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, lebah tersebut hinggap dan ‘serang’ bibirnya ketika dia sedang sibuk membantu ahli keluarganya memasak kentang.

“Dari siang hari lagi saya tolong famili masak macam-macam termasuk proses buat 100 batang lemang. Sampai ke malam kami sibuk buat persiapan raya.”

“Malam tu saya pergi belakang rumah nak tolong goreng bahan-bahan untuk buat sambal goreng Jawa. Masa saya goreng kentang untuk kali terakhir tu tiba-tiba seekor lebah tu terbang hinggap dan ‘serang’ bibir.”

Pemuda ini turut bergegas ke klinik berdekatan yang dibuka 24 jam bagi mendapatkan rawatan susulan namun malangnya klinik tersebut telah tutup berikutan hari raya.

“Lepas 10 minit kena sengat tu bibir jadi makin besar. Terus tak ada mood nak makan, minum pun kena pakai straw saja. Bahagian kena sengat tu tak sakit tapi bengkak tu yang agak rimas.”

“Sebelum ke klinik saya ada sapu minyak dan telan ubat bengkak. Saya pergi klinik tu sebab nak ambil suntikan tapi dah tutup pula masa saya sampai tu jadi saya balik rumah dan tidur saja.”

“Bila tengok muka dekat cermin rasa nak gelak dekat diri sendiri tapi rasa sedih pun ada sebab terfikir macam mana nak beraya rumah saudara mara nanti. Tapi saya fikir tak apa teruskan saja beraya dengan pakai mask (pelitup muka) nanti,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@fakrisyakirin4Dugaan malam raya kena sengat lebah

♬ Cahaya Aidilfitri – Handy Black

@fakrisyakirin4Begitu la kisah nya🐝

♬ original sound – Fakri Syakirin

@fakrisyakirin4 Reply to @smirkface20 ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Rata-rata warga netizen bersimpati dengan lelaki tersebut namun dalam masa yang sama tidak dapat menahan ketawa melihat saiz bibir pemuda ini yang sangat besar dan unik.

Komen lucu warga netizen: