“Abang!! Abang!!” Tertendang ‘Stranger’ Sangkut Ketika Naik ‘Zip Coaster’, Jeritan Gadis Ini Undang Dekah Ramai!

Dalam kehidupan seharian, tentunya pelbagai perkara lucu yang terjadi. Malah terkadang perkara tersebut langsung tidak disangka-sangka.

Sama juga dengan apa yang berlaku kepada sekumpulan gadis ini sewaktu sedang bermain aktiviti lasak di taman tema Escape di Pulau Penang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @chickinnuggotz, difahamkan mereka sedang bermain permainan yang dinamakan sebagai ‘Zip Coaster’. Permainan ini seakan-akan ‘Flying Fox’ namun perjalanannya lebih panjang dan mencabar.

Pada awalnya kelihatan mereka sangat teruja menaiki permainan tersebut sambil menikmati pemandangan pohon hijau sepanjang perjalanan.

Pun begitu, apa yang mengundang dekah ramai adalah apabila terdapat 2 orang lelaki yang tidak dikenali tersangkut di tengah-tengah perjalanan menyebabkan sekumpulan gadis ini menjerit kerana takut ‘bertembung’.


Difahamkan, gadis yang berada di hadapan sekali ‘tertendang’ lelaki tersebut malah sempat berseloroh di kapsyen TikTok berharap agar video itu tular kerana tidak sempat meminta maaf pada lelaki itu.

“Harap keluar dekat fyp brader depan. Tak sempat nak cakap sorry” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka apatah lagi jeritan gadis tersebut yang agak lucu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu menaiki Zip Line ini di Escape.

Antara komen warga maya:

“dengar cerita abang tu masih terkejut sampai sekarang akibat jeritan yang kuat”

“Hahahahaha abang tu terdiam tak tahu nak buat apa… aku pasrah”


“macam tu la cerita mak dengan ayah berjumpa”

“ye weh aku dengan member aku main benda ni sampai kena pokok”

“dengar-dengar abang tu kena sepak sampai jatuh hahahaha”


Video yang tular di laman TikTok:

@chickinnuggotz harap keluar dekat fyp brader depan. Tak sempat nak cakap sorry #fyp #escapepenang ♬ Sikok Bagi Duo – Dodi Ferdieansyah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 321.6K tontonan, 34.5K tanda suka, 451 komen, 1739 simpanan dan 284 perkongsian di applikasi TikTok.