“Abah kena scam dengan anak2 muda ni.” Barang RM6Ratus Tapi Caj Sampai RM8Ribu

Setiap orang disarankan untuk lebih berhati-hati ketika membeli barangan. Orang ramai juga dinasihati untuk menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

Ini kerana, pelbagai taktik dan tipu helah telah dilaporkan berlaku terutama bagi golongan yang lebih berumur.

Menerusi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shanor Hijas, wanita ini berkongsi apa yang berlaku kepada ayahnya.

Syarikat menjual produk kesihatan sehingga RM8,000

Wanita tersebut meluahkan rasa geram apabila ayahnya yang berusia 70 tahun didakwa telah ditipu oleh sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan.

Difahamkan, ayahnya telah ditipu hidup-hidup mengenai harga barangan yang dijual dengan harga RM8,000.

Harga barangan tersebut jauh lebih murah di pasaran

Jika dikaji semua barang yang dijual kepada ayahnya jauh berbeza dengan harga barang yang sebenar di pasaran.

Wanita tersebut turut berkongsi lokasi kejadian yang dilaporkan telah berlaku di sebuah pasar raya di Wangsa Maju.

Abah kena scam

Menurut wanita ini, pada mulanya dia terkejut apabila ayahnya menceritakan situasi yang telah terjadi kepadanya.

Apa yang lebih mengejutkan wanita ini adalah apabila ayahnya tidak mendapat barang secukupnya.

Barang yang dijanjikan tidak seperti mana yang telah diberitahu berikutan masalah kehabisan stok yang dialami oleh penjual itu.

“Abah saya kena scam dengan anak-anak muda ni. Dik, abah akak dah nak 70tahun dik, sampai hati ko perkotak katikkan abah akak.”

Bayar air purifier dan foot massage sampai RM 8,000

“Suruh abah akak bayar air purifier dengan foot massage sampai 8k. Akak google, air purifier brand bodo tu harga rm600 je.”

“Dah la foot massage tu dia tak bagi. Dia bagi 2 air purifier. Takde stok katanya.”

Janji macam-macam untuk lariskan jualan

Bercerita lanjut wanita ini turut berkata peniaga ini turut menjanjikan pelbagai barangan percuma namun, semua itu hanyalah dusta semata-mata demi melariskan jualan mereka.

“Selamat la abah call dan cerita apa jadi kat dia. Kesian abah, suara dia macam dalam mood terkejut dan blur je.”

“Ye la, mula-mula depa kata kat abah, dapat free gift, alih-alih suruh amek barang sekian2, bayar dulu. Then nanti dapat free gift bagai.” 

Jurujual tiada rasa bersalah dengan apa yang terjadi

Jelasnya lagi, dia bersama adiknya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan jurujual tersebut.

Walau bagaimanapun, jurujual tersebut ketika ditemui tidak menunjukkan sebarang respon rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi.

“Akak, bab-bab aniaya family ni, memang tak boleh sabar. Tetiba darah bertukar jadi karnivor. Lari keluar opis, ajak adik akak, pi amek abah, bawak balik ke eaonbig.”

Tak rasa bersalah kat orang tua langsung

“Selamber sangat muka korang ni eh. Takde rasa bersalah kat orang tua langsung. Akak tinggal tak tampar je muka kau 2 orang tadi.”

“Adik akak tu sampai kembang-kembang perut tahan marah tau. Kenangkan abah asyik bisik kat aku, sabar bincang elok-elok. Fuhh, mengucap jap.”

“Apapun terima kasih pada classmate uitm, Asp Md Noq aka azwan ali sebab tolong kami tadi. Terima kasih, abah dah daapt balik duit dia, Alhamdulillah.”


Alhamdulillah duit ayahnya dipulangkan semula

Menurutnya lagi, duit ayahnya sudah dipulangkan semula pada masa yang sama dia turut menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dengan modus operandi yang digunakan oleh penjual ini dalam mengaburi mata pembeli.

“Akhir kata, pesan kat mak abah kita naa. Depa-depa ni ada ja kat market-market , menunggu mangsa orang-orang tua macam mak abah kita.”

Semoga ia jadi pengajaran pada semua

“Banyak dah viral makpak orang terkena dengan depa ni. Dalam kita berjaga-jaga, kena kat abah sendiri. Semoga keluarga kita sentiasa dibawah lindunganNya.”

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada kita semua. Diharap semua pengguna lebih berhati-hati ketika membuat pembelian.