Letak Tikar Pun Kena Caj RM5, Tindakan Peniaga Di Pantai Port Dickson Undang Kecaman Netizen

Port Dickson merupakan salah satu tempat yang gemar dikunjungi oleh orang ramai dengan keindahan lautnya.

Iospital phone repair gombak

Kebiasaannya, ada beberapa pihak menawarkan sewa khemah untuk berehat dan mengambil angin di tepi laut itu.

Walau bagaimanapun, masih ada individu yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj kepada para pengunjung walaupun hanya duduk di atas tikar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik semula di laman Twitter @traveljimat itu, kelihatan seorang pengunjung tidak berpuas hati kerana dia harus membayar wang sebanyak RM 5 walaupun hanya duduk di atas tikar sahaja telah meraih perhatian ramai.

“Sekarang ni g port dickson semua eh bayar. smart btol kau duduk dekat kaki 5 ni letak tika pun kena bayar rm5. Bukan nya duduk dkt tapak khemah tu pun, punya lah sial baik kau koba air laut tu pun kau baya sewa, Majlis Perbandaran Port Dickson tolong pantau sikit,” tulisnya.

Difahamkan sebelum ini juga riuh mengenai khemah-khemah yang didirikan lalu disewakan juga telah mendapat kritikan orang ramai, sekarang nak letak tikar sahaja pun sudah kena bayar.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pengunjung dengan mengenakan caj untuk perkara yang tidak masuk akal.

Malah ada juga yang mendesak agar pihak berkuasa membuat pantauan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: