“Kesiannya..” Tular Video Kuda Berlari Atas ‘Highway’, Rupa-Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebalik Kejadian

Seperti yang kita tahu apabila kita menggunakan laluan lebuh raya, seringkali kita melihat papan tanda yang bertulis ‘Awas Haiwan Melintas’.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi apabila berada di laluan lebuh raya yang berdekatan dengan kawasan hutan dan juga perkampungan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seekor kuda yang sedang berlari di atas suatu laluan lebuh raya telah menarik perhatian orang ramai kerana situasi ini jarang kali terjadi.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh TikTok @utusantvofficial, kelihatan kuda itu sedang berlari di lorong kanan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2).

Pasti ramai yang melihat kejadian itu berasa aneh, akan sebab apa tiba-tiba seekor kuda kelihatan berlari di situ ya?

Jadi sebabnya, kereta yang membawa kuda itu (float) telah dikatakan terlibat dengan suatu kemalangan yang membabitkan sebuah treler lain.

Kesan daripada itu, kuda itu telah terlepas namun berjaya ditangkap semula pada akhirnya.

Difahamkan, terdapat beberapa kesan yang didapati pada bahagian kaki dan tubbuh kuda tersebut akan tetapi tiada kecederaan serius berlaku kepadanya.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video itu telah mencapai tontonan sebanyak 2.6M tontonan, 123.5K tanda suka, dan 2935 komen di laman platform sosial berkeaan

Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang tidak tahu menahu lagi mengenai kejadian sebenar meluahkan rasa terhibur melihat kejadian itu.

Walau bagaimanapun, ramai yang turut berasa kasihan apabila melihat wajah haiwan tersebut.

Antara komen netizen:

“Rasa kuda ni yg dkt pantai yang Orang naik Rm 10 hahaha penat la tu dia a bawak diri x sempat minum air dipukul dh suruh Jalan 😂”

“mana la dia nak pergi tu kuda tu .😂 tuan dia bercuti kot”


“Taktahu kenapa bila dgr “kesian” tu rasa sedih pulak dgn tgh berlari nya mesti dia takut gile dgn banyak kete lak tu 🥲”

Video TikTok yang tular:

@utusantvofficial 📍 Menurut info LPT 2 hala Kuala Terengganu (12/3/23). 📽️urutwanitakuantan. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #kuda ♬ original sound – UtusanTV