Fazziq Muqris Cuak Dihubungi Wanita Misteri Dari Gaung, Tiba2 Mengilai Lepas Mintak Tolong Sampaikan Beg Pada Mak

Sebelum ini pernah tular kisah misteri disampaikan oleh penyampai radio, DJ Isma Halil apabila dia dihubungi pemanggil wanita.

Iospital phone repair gombak

Menurut kisah yang dikongsinya, pemanggil wanita berkenaan menceritakan dia dan keluarganya jatuh gaung dan meninggal, menyebabkan pendengar radio berkenaan ketakutan mendengarnya.

Awal pagi tadi, tular rakaman dalam segmen PM 40 ERA (Era FM) bersama Fazziq Muqris yang berlangsung pada jam 8-10 malam semalam bertukar seram.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @brri07, pelakon drama bersiri Projek: High Council itu menerima satu panggilan daripada wanita misteri.

Pada mulanya, pemanggil tersebut meluahkan perasaan tentang memori lama pada tahun 90-an yang membuatnya berasa amat terkilan.

Katanya, dia telah keluar rumah tanpa pengetahuan sesiapa untuk membeli beg tangan sebagai hadiah buat ibunya sempena sambutan Raya Aidilfitri.

Yang mengerikan, ketika memandu di atas jalan raya, keretanya tiba-tiba hilangan kawalan lalu melencong masuk ke dalam gaung! Dalam keadaan cemas, dia terlebih dulu membaling keluar hadiah berkenaan.

Fazziq pula kelihatan mula cuak apabila wanita itu mula menangis serta meminta tolong kepadanya untuk memberikan beg itu kepada ibunya.

Bukan itu sahaja membuatkan Fazziq dan para pendengar meremang, namun wanita itu turut berkata tidak sempat menyelamatkan diri!

Suasana bertambah seram dengan suara mengilai panjang sebelum panggilan segera ditamatkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tertanya-tanya keberadaan sebenar pemanggil. Dalam pada itu, netizen turut bersimpati mendengar cerita yang disampaikan walaupun menakutkan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“I think ni Jin Qorin dia 🥺🥺 mesti nk bgtau semua org tau yg jasad dia ada dekat Gaung 😭😭”

“Dia bercakap dgn suara menggeletar tu mcm betul ikhlas dlm kesedihan . Aku tak rasa ni main main☺️”


“pintu tngkp stuck,tngkp dpt buka tpi sparuh,bag cmpk luar, maksudny dia still dalam kereta la kn ??”

“”sy tak sempat keluar dr kereta tu, kereta tu dah terbakar””

“so actually pp tu hantu lah kan and dia nak minta bantuan manusia untuk sampaikan beg tu kat mak dia lah kan,kesian pp tu but kinda scary sbb ghost ka”

Video yang tular di laman TikTok

@brri07 tak funny sia #projekhighcouncil #fazziqmuqris #era #fyp #foryoupage ♬ original sound – 💐

@rockbisonnnnj Meremang dengar 😭 and dia mintak tlg fazziq pulak tu tibe ii mengilai 😭😭 @ERA #era #fazziq #fazziqmuqris ♬ original sound – spaceship