Ibu Menangis Masa Tengah Makan Tengok Anak Peroleh A+ Dalam SPM, Sebak Sebab Tahu ‘Struggle’ Anak

Bila tiba sahaja musim keputusan peperiksaan keluar, pelbagai reaksi dapat kita lihat sama ada daripada calon itu sendiri mahupun ibu bapa mereka.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, setiap keputusan yang keluar sepatutnya diraikan. Tidak kiralah cemerlang mahupun sebaliknya. Usaha setiap calon harus dihargai.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Twitter oleh @NurulShima_3 yang berkongsi cerita manis tentang anaknya memperoleh keputusan membanggakan dalam SPM.

Menerusi ciapan tersebut, Nurul Shima bangga dengan keputusan yang diraih oleh anaknya kerana faham di sebalik kepayahan anaknya meneruskan hidup sehari-hari, namun dia masih mampu untuk mendapatkan keputusan memberangsangkan.

Menurut Nurul, anaknya mempunyai masa dan waktu yang sangat singkat untuk belajar kerana apabila pulang dari sekolah, anaknya terus membantunya menjual nasi bajet demi kelangsungan hidup.

Hanya pada waktu malam anaknya mengulangkaji pelajaran untuk ilmu yang tertinggal.

“Pagi pergi sekolah biasa, balik sekolah tu tolong saya niaga. Malam la baru kejar ilmu apa yang tertinggal. Saya tahu dia struggle, tapi saya tak harap dia dapat A pun. Jadi anak soleh dan baik untuk kami pun dah Alhamdulillah.

“Tapi tadi dapat result, A+ ada tuh. Nangis saya sebab tak jangka pun,” luahnya.

Pada hantaran lain juga, dia menuliskan hal yang sama tentang rasa bangga dan bersyukur sebagai seorang ibu kerana dikurniakan seorang anak lelaki yang soleh dan baik itu.

“Sesiapa yang biasa datang gerai dan beli nasi bajet, mesti kenal anak Kak Shima ni kan. Hari ni result SPM keluar, jatuh air mata masa makan bila tengok A+ sebab tahu dia banyak struggle.

“I am proud to be a mother,” tulisnya bangga dan syukur.

Ciapan yang tular di laman Twitter