Kos hidup yang semakin tinggi yang kian terasa kini sememangnya buat ramai ‘pening kepala’. Manakan tidak, dahulu jika bawa RM50 ke pasar, penuh satu troli barangan dapur.
Tapi kini, kalau bawa RM50, mungkin 1 atau 2 barang dapur sahaja yang boleh diperolehi. Hal ini juga membuatkan ramai peniaga makanan perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk berniaga membuatkan harga jualan juga perlu dinaikkan apatah lagi bagi peniaga yang menjual makanan berasaskan makanan laut seperti sotong ketam dan udang.
Namun ini tidak bermakna peniaga boleh menganiaya pembeli dengan meletakkan harga makanan yang sangat tinggi dan tidak masuk akal atau menyediakan makanan yang dianggap ingin ‘menipu’ pelanggan.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wnaita berkongsikan rupa sotong celup tepung yang dibelinya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, dia memuat naik gambar hidangan tersebut yang hanya mengandungi sotong bersaiz terlalu kecil di dalamnya.
Melihat kepada gambar yang dimuatnaik pelanggan, isi sotong yang disaluti tepung hanyalah sebesar syiling 20 sen manakala isi tepung pula sebesar tapak tangan. Pelanggan berkenaan kesal dengan tindakan peniaga yang sanggup berniaga seolah menipu pelanggan sendiri apabila melihat isi luar sahaja.
“Berkat ke meniaga macam ni?”, soal pelanggan demikian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut kecewa melihat makanan tersebut yang jelas seakan ingin menipu pelanggan yang datang membeli di kedainya.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama pabila membeli sotong goreng tepung atau sotong celup tepung di sesetengah kedai makan apabila indah khabar dari rupa.
Antara komen warga maya:
Tipikal melayu. Orang lain meniaga kau sibuk nak meniaga. Tapi meniaga dapat duit haram sebab banyak menipu pelanggan. Pastu masuklah duit haram dalam badan anak beranak, makin bertambah orang bangang di Malaysia
— adda (@adwyhmz) February 24, 2023
Sotong goreng ditemani sekawan tepung
— benfirdaus azraai (@iambenfirdaus) February 23, 2023
Kalau aku, masuk kete, memang selalu bukak tengok terus. Ini kalau jadi kat aku, memang aku turun balik pergi kedai dia balik !!! Benda makan ni jangan buat main perempuan ni cepat ngamuk kalau makan2 ni 😤😤😤
— 에르마 (@beryls_) February 24, 2023
Pernah beli sotong tepung goreng. Sotonnya berapa ketul je. Yang banyak kerak tepung. Nak makan pun terkais-kais kerak tepung sebab nak cari sotong. Harga boleh tahan yahudi. 😞
— wani (@azwnyss) February 24, 2023
Kek Nogori orang panggil sotongah. Ini dah bukan setengah, suku pun tak sampai
— kelisa emas (@kelisaemas4) February 25, 2023
ini bukan sotong goreng tepung, ini tepung goreng sotong, tepungnya lebih 😅
— Syazwani Radzi (@waniwanono) February 24, 2023
Video yang tular di laman Twitter:
Sotong goreng tepung 😩 pic.twitter.com/aqK8zF6uFh
— Asyraf HighTech (@exploreasyraf) February 23, 2023