Enjin Tak Tutup Masa Isi Minyak, Kereta Bergerak Sampai Langgar Kereta Sebelah Raih Perhatian Ramai

Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa peraturan penting yang perlu kita ikut apabila berada di stesen minyak dan diantaranya adalah mematikan enjin kereta, tidak menggunakan telefon bimbit dan dilarang untuk merokok. Manakan tidak, antara sebab utama adalah petrol merupakan bahan mudah terbakar jadi perlu lebih berhati-hati menggendalikannya.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana situasi pelanggaran melibatkan dua biji kereta di stesen minyak ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hafizahaabuhassan, kelihatan sebuah kereta bergerak sendiri semasa tengah mengisi minyak dan sempat dirakam oleh CCTV stesen minyak berkenaan.

Punca kereta tersebut bergerak sendiri kemungkinan disebabkan enjin tidak dimatikan.


Keduanya, mungkin ada juga orang yang berada di dalam kereta yang silap masuk gear. Lebih malang lagi, kereta itu bergerak sehingga melanggar kereta sebelahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan asa bimbang melihat segelintir individu yang tidak mematikan enjin kenderaan semasa mengisi minyak sekaligus lega apabila tiada individu yang sedang lalu lalang pada ketika itu.

“Tengah isi minyak tu, adui. Bahaya betul, ke dia lupa yang dia isi minyak” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga simpati melihat nasib pemandu kereta yang lain yang seakan terkena tempias dek kerana kecuaian orang lain.

Antara komen wargamaya:

“Bahaya kalau ada budak2 keluar kereta nak beli aiskrim”

“Sebab tu isi minyak kene matikan enjin.. tak paham aku jenis orang yang tak matikan enjin ni.. papan tanda pun ada letak”


“Tengah isi minyak tu nasib tak tercabut hos dia”

“Mabuk ke?”

“Rasanya.. anak dalam kereta main gear.. auto memang kalau tak matikan enjin”

“Nasib baik tak kena orang yg isi minyak moto tu”

“Sebab tu masa isi minyak kena matikan enjin..”


Video yang tular di laman TikTok:

@hafizahaabuhassan♬ DJ COMANDO MAPOPO MBONA WAMESHA SYALALA VIRAL TIKTOK – DJ REVO REMIX

@hafizahaabuhassan♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat