Penggera Kebakaran Tak Berfungsi, Penduduk Kondominium Di Cyberjaya Kecewa Dengan Pihak Pengurusan

Seperti yang kita tahu, sistem penggera kebakarann sangat penting dan seringkali kitajumpa di bangunan bagi mengesan kehadiran asap, api, karbon monoksida atau ancaman lain.
Iospital phone repair gombak
Alat tersebut juga memainkan peranan untuk memberitahu penghuni kediaman atau sesuatu tempat bahawa kebakaran sedang berlaku dan tindakan untuk menyelamatkan diri harus dilakukan segera.

Namun lain pula ceritanya dengan situasi kebakaran yang berlaku di sebuah kondominium di Cyberjaya kira-kira jam 4 pagi baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @suzianaaaa,dia yang juga penghuni kondominium tersebut mendakwa tiada bunyi amaran daripada penggera kebakaran untuk para penghuni mengosongkan bangunan sekaligus membahayakan nyawa para penghuni yang tidak tahu akan situasi tersebut.

“Fire at Skypark Cyberjaya since 4am. No fire alarm triggered!!!, Tetap lah tenang walaupun condo terbakar dan management hauk tak ada fire alarm semua benda lembab. I boleh gone suffocating while sleeping tau if tak sedar dari tido tadi sheeesshhhh geramm gila dengan management haih” ujarnya

Dapat kita lihat orang ramai yang menyedari hal tersebut keluar daripada kediaman dan menunggu pihak penyelamat di bawah bangunan. Api dikatakan masih marak pada pukul 8:45 pagi.

“Worst building ever. Hopefully everyone is safe. I don’t think there’s a smoke detector in every level. No fire alarm?” tambahnya lagi di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan pihak pengurusan dan pemaju kondominium itu yang dirasakan tidak bertanggungjawab serta tidak menyelenggara bangunan dengan baik.

Manakan tidak, ianya jelas melibatkan nyawa penghuni rumah jika ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Antara komen wargamaya:

“Takut nya.. dah la condo nak keluar celah mana kan kalau dah berasap2”

“Teruk betul fire alarm tak ada.. adik aku ada baby tau bahaya gile.. safety kelaut sangat”

“Tiap bulan bayar maintenance fee tu buat majlis makan makan ke”


“Mak aii.. fire alarm tak function macam mana boleh lulus”

Video yang tular di laman TikTok:

@suzianaaaa Tetaplah tenang walaupun condo terbakar dan management hauk tadek firealarm semua benda lembab. I boleh gone suffocating while sleeping tau if tak sedar dari tido tadi sheeesshhhh geramm gila dengan management haih 🤧 #skypark #awarenessvideo⚠️⚠️⚠️ #managementfail #skyparkcyberjaya #cancelled #notrecommended ♬ tenang by amcha – amchaa

@fafad85 Fire at Skypark Cyberjaya since 4am. No fire alarm triggered!!! 😱😱😱😱 #bombamalaysia #pdrm #skyparkcyberjaya #cyberjaya ♬ original sound – Fafad

@santanpecah Worst building ever. Hopefully everyone is safe. I don’t think there’s a smoke detector in every level. No fire alarm?! #SkyparkCyberjaya #fyp #xyzbca #skyparkCyberjayaNoFireAlarm #emo ♬ Boy’s a liar Pt. 2 – PinkPantheress & Ice Spice