Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa larangan ketika menaiki tren awam seperti LRT, MRT, KTM contohnya tidak boleh merokok, makan, bersandar di pintu, membuang sampah merata-rata, membawa bahan yang mudah terbakar dan membawa haiwan ke dalam tren.
Bagaimana pun, larangan tersebut seolah-olah tidak diendahkan oleh masyarakat susulan ada yang berdegil dan masih melakukan kesalahan bila berada di dalam tren.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat individu yang memilih untuk membawa kucing bersama menaiki kenderaan awam Electric Train Service (ETS) daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter, kelihatan individu ini seolah bangga dalam memuat naik rakaman yang memaparkan perjalanan beliau bersama kucing kesayangannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kurang senang dengan tindakan wanita ini malah ianya jelas mementingkan diri dan menjadi ‘pencetus’ kepada lebih ramai individu membawa haiwan peliharaan mereka masuk ke dalam tren sekiranya tidak dihalang.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar wanita berkenaan diknakan tindakan disaman dengan jumlah yang tinggi agar menjadi pengajaran kepada individu yang lain.
Antara komen wargamaya:
Kalau dari rupa nampak macam educated dan bukan bodoh. Kucing pula bukan kucing sebarangan kucing mahal. Takkan lah benda basic pun taktau kan. Bodoh punya tuan kucing
— syakir• (@amnsykir) February 23, 2023
sebab tu kalau duduk Malaysia ni kita tak payah cari orang bodoh. orang bodoh tu sendiri tayang dia punya perangai
— Saytri (@sayyidsafari) February 23, 2023
Aku rasa ini common sense kot, kenapa nak kena bawa binatang peliharaan berjalan ke tempat yang penuh orang awam. Kalau orang bawa anjing dengan babi nanti tahu marah. Ada orang lain tak selesa dengan kucing dan mungkin alergik. Dah lah dia biarkan keluar. Bukan dalam sangkar.
— Fuad (@mridzuanfuad) February 23, 2023
Kesian kucing ni, dapat tuan tak berapa nak cerdik
— New Incognito Tab (@hilman153) February 23, 2023
Lepas tu kalau ada org yg dpt anaphylaxis sbb allergic to cats duduk 1 coach dgn dia, dia boleh resus org tu ke?
— Dla Zul (@dr_dla) February 23, 2023
Video yang tular di laman Twitter:
Ciri-ciri orang bodoh sombong, lagi dia tahu benda tu tak boleh buat selagi tu dia nak tunjuk..bila org kecam dia menjawab pusing tang lain salahkan orang pula 💁 pic.twitter.com/sCwAf2drds
— Faiz Fayeshz 🇲🇾 (@faizfayeshz) February 22, 2023