“Bapa meninggal, mak masuk hospital” Pemuda Bantu Dua Beradik Jual Kek Baut Ramai Sebak

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling terindah buat setiap insan dimana kita tidak perlu untuk memikirkan banyak perkara dan hanya bersuka ria bersama rakan-rakan yang lain.
Iospital phone repair gombak

Pun begitu, tidak semua orang dalam dunia ni terlahir dalam keluarga yang senang malah ada juga yang terpaksa melupakan perkara tersebut demi membantu menyara keluarga. Selalunya kanak-kanak sebegini akan matang sebelum usia kerana situasi yang memaksa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda yang dikenali sebagai Wan Muhamaad Qhusyairee Wan Abdullah, 20,yang faham derita ditanggung dua beradik, menyebabkan dia tidak teragak-agak membeli semua produk jualan mereka di sebuah pasaraya di Kota Bharu, Kelantan.

Memetik laporan mStar, a yang mesra disapa Syairee berkata timbul rasa sebak dalam dirinya apabila dua beradik itu memberitahu mereka telah kehilangan bapa dan kini mencari wang sendiri kerana ibu sedang sakit dan berada di hospital.

Syairee berkata, budak lelaki itu berumur lapan tahun, manakala kakaknya pula berusia 16 tahun dan tinggal di Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu.

“Saya ke Lotus’s Kota Bharu pada Isnin sebab pembantu peribadi nak beli minyak wangi dan saya tunggu dalam kereta. Saya nampak ada budak lelaki duduk tepi laluan orang ramai seorang diri.

“Saya buka tingkap kereta, panggil dia nak tanya kenapa duduk situ, bahaya. Bila datang ke kereta, rupanya dia jual kek dengan kakaknya.

“Saya tanya mana mak dengan ayah, terus dia cakap ayah dah meninggal sakit jantung dan mak pula di hospital. Ya Allah terus saya rasa sedih,” ujarnya yang menetap di Kota Bharu.

Selain sibuk menguruskan syarikat kosmetiknya, Syairee juga aktif memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik seperti rumah anak yatim, mangsa banjir dan golongan kurang berkemampuan.


“Arwah abah meninggal waktu saya umur tujuh tahun. Saya faham sangat apa yang budak dua orang tu rasa sebab saya pernah tengok betapa susahnya mak besarkan kami adik-beradik lepas abah tak ada.”

“Saya selalu bantu orang susah cuma tak muat naik di media sosial. Kadang-kadang saya bantu mangsa banjir. Ada yang saya bagi beras dan barang keperluan lain.”

“Sekarang pun saya bantu rumah anak yatim di Pasir Pekan dan yang ni saya muat naik di TikTok. Selalu ziarah anak-anak yatim di sana kalau ada masa terluang. Kadang-kadang saya hubungi ustazah yang menjaga rumah anak yatim tu tanya khabar.”

“Lepas saya kongsi video tu, Alhamdulillah ramai ejen yang ajak ziarah rumah mereka. InsyaAllah saya akan jumpa semula sebab hari tu nak cepat jadi tak sempat nak borak banyak. Kalau pergi rumah mereka, mungkin ada apa-apa yang saya boleh bantu untuk ringankan beban mereka,” katanya.

Tambahnya, pintu rezeki untuk terus berjaya adalah dengan menghormati ibu bapa dan sentiasa membantu anak-anak yatim.

“Apa yang saya belajar ialah bila kita banyak memberi rezeki Allah SWT itu akan lebih banyak datang. Terutamanya bila banyak memberi kepada anak yatim.

“Saya percaya rezeki yang Allah beri kepada saya hari ni berkat doa seorang ibu dan sebab sedekah,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@syairee03 Allahu moga adik kuat ya,, nanti besar adik mesti jadi orang hebat aaminnn nanti abg dtg lagi okey sayang… #kotabharu #kelantan #anakyatim ♬ Takdir Memisahkan – ._ •