Anak Pilih Ayah Basuh Berak, Gelagat Ibu Bersorak Siap Tunjuk Jari ‘Good’ Buat Ramai Terhibur

Setiap isteri mengimpikan seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu membantunya menguruskan rumah serta anak-anak kerana pokok pangkalnya perkahwinan itu adalah satu perkongsian diantara dua hati.
Iospital phone repair gombak
Apabila sudah mempunyai anak, tanggungjawab itu bukanlah hanya pada ibu malah ianya merupakan amanah pada kedua-duanya namun sudah tentu anak akan lebih meluangkan masa bersama ibu kerana ayah keluar bekerja.

Jadi tidak hairan lah jika tugas menguruskan anak didominasi oleh kaum hawa bukan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat pasangan suami isteri ini bersama anak lelakinya ketika berada di dalam kereta mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amyazni, wanita ini sengaja bertanya kepada anaknya mahu siapa cuci berak sama ada ibu atau ayah.


Lebih melucukan, si anak pula spontan menjawab dia mahukan ayah membasuh beraknya. Jawapan itu membuatkan si ibu seronok dan menunjukkan tanda good kepada suaminya konon mengejek kerana dia kalah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut yang memilih ayahnya untuk membasuh berak bahkan ada juga yang akui tugas itu seringkali diberikan kepada lelaki.

“Sebijik muka ayah, of course la ayah kena basuh haha” – Warganet

Bukan itu sahaja, netizen turut memuji wajah budak lelaki tersebut yang sangat comel malah seiras dengan ayahnya sekaligus sempat berseloroh mengatakan tidak perlu check DNA kerana ianya ‘copy paste’.

Antara komen warga maya:

‘Fotostat ayah.. hihihi untung mak nya boleh rest sikit..”

“100% copy paste ayah dia.. tak perlu check DNA dah..”


“Eish comey naaaa”

“Hmm gitu la kalau terlebih rapat, susu ibu, basuh berak ibu, semua ibu la.. bff ibu”

“Nikmat betul dapat jawapan macam ni dari anak ahahahaha”


Video yang tular di laman TikTok:

@amyazni Anak ayah kan.. so silalah cari ayah. 🤭😆#fyp #ragambapak ♬ original sound – Amy Azni