“Cara dia healing” Anak Lukis Atas Lantai Guna Mrker Permanent, Hasilnya Pula Buat Ramai Kagum

Setiap anak mempunyai kelebihan mereka tersendiri, ada yang suka membaca, ada yang gemar sukan malah ada juga yang suka melukis.
Iospital phone repair gombak
Sehingga terkadang habis dinding dan lantai diconteng. Walaupun ianya nyata membuat ibu bapa ‘pening’ untuk membersihkannya namun itulah yang dinamakan proses belajar.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu terkedu melihat gelagat anak lelakinya menconteng lantai mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @as2t79, kelihatan si ibu sempat merakam gelagat anaknya melukis.

Anaknya dilihat melukis di atas lantai mengikut petak tiles yang ada dan setiap petak mempunyai lukisannya tersendiri malah kesemua yang dilukis merupakan gambar haiwan.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai apabila warga netizen terkejut melihat lukisan yang kemas dan cantik itu malah akui tidak semua orang dewasa mampu lukis seperti itu.


Ibunya juga sempat mengatakan itu merupakan cara baharu anaknya healing dengan melukis karakter doodle di atas lantai menggunakan marker permanent.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji bakat yang ada dalam diri budak lelaki tersebut sekaligus meminta si ibu untuk mengasah lagi bakat terpendam yang ada dalam diri anaknya itu.

“Masalahnya, aku yang umur 21 ni pun tak boleh lukis cantik macam tu. Macam mana dia buat!” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan banyak lagi petak kosong yang ada dan meminta budak lelaki ini untuk memenuhi kesemua petak dengan lukisan comelnya itu.

Antara komen warga maya:

“Lawa dik kau lukis..”

“Lukis banyak pun tetap lawa dan tak comot.. ”


“Meriah betul lantai rumah..”

“Cantiknya dia lukis.. banyak petak kosong tu.. penuhkan lagi..”

“Kalau aku orang lidi je mampu lukis”

“Berseni sungguh.. rasa kagum tengok tangan dia lembut je masa melukis.. terus je jadi..”


Video yang tular di laman TikTok:

@as2t79 santai santai saja#fypシ゚viral #videoartwork ♬ Funny Song – Cavendish Music

@as2t79 videorayyanart#fypシ゚viral #videoartwork ♬ Happy, kids, background – Kirill Kharchenko