“Nak tidur pun tak senang” Stress Dengar Ayah Dengkur, Muka Tak Puas Hati Bayi Baru Lahir Bikin Ramai Berdekah

Seperti yang kita sedia tahu, mereka yang baru menimang cahaya mata buat kali pertama akan struggle menjaga bayi mereka.

Iospital phone repair gombak

Ibu bapa terpaksa berjaga malam sehingga tak cukup tidur dibuatnya demi anak tersayang.

Samalah keadaannya seperti mana yang dikongsikan di TikTok @qwertyui0p, riak muka anaknya selepas mendengar bapanya berdengkur membuatkan wargamaya terhibur!

Menerusi video berkenaan, kelihatan si suami sedang lena tidur di dalam bilik mereka.

Yang lucu, bayi tersebut memberikan riak wajah tidak puas hati gara-gara mengganggu lenanya dek kerana bunyi dengkuran yang kuat.

“Esok aku dahla nak kerja shift pagi”, seloroh wanita itu di dalam video.

Situasi berkenaan secara tak langsung membuatkan wanita berkenaan ketawa melihat wajah bayinya yang baru lahir itu.

Bagaimanapun, tak lama kemudian, bayi yang sedang try hard untuk tidur itu akhirnya terlena selepas beberapa kali didodoi dan ditenangkan ibunya.

Sejak video berdurasi 29 saat itu dimuat naik, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 1.1 juta serta mendapat 65.7 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, netizen terhibur melihat reaksi yang diberikan oleh bayi tersebut. Malah netizen berseloroh menyamakan dengkur bapanya seperti bunyi enjin VTEC!

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“muka dia macam tak puas hati😂😂😂”

“aku pernah tido dgn member aku 1 bilik mcm ni la bunyi dia, aku rasa mcm aku tido kat kandang lembu ooo….”


“stress muka nampak 😂😂😂”

“bapak dia dh bukak vtec”

“ehh ehh garang benor ye dik”

Video yang tular di laman TikTok

@qwertyui0p7♬ original sound – Dinosaurus