Tiada Lagi Alasan ‘Skip’ Solat Jumaat Ketika Melancong! KLIA Kini Sediakan Ruang Solat di Rooftop, Netizen Tak Sabar Nak Cuba

Walaupun melancong, ibadah tidak harus dilupakan. Lebih-lebih lagi buat para lelaki khususnya pada hari Jumaat.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kebanyakan lapangan terbang tidak menyediakan ruang yang cukup untuk menampung jemaah.

Namun kini, tiada alasan lagi buat pelancong lelaki untuk tidak menuanaikan kewajiban pada hari Jumaat!

Beberapa hari lepas, tular satu video informatif memaparkan ruang untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan perkongsian di Twitter oleh @ilhamosmie, terdapat ruang solat yang luas di bahagian atas lot parkir KLIA.

Pengunjung cuma perlu berjalan menyeberangi lot parkir sebelum berjumpa sebuah papan tanda yang tertulis ‘ruang solat terletak di lot parkir atas blok B’.

“Ramai tak tahu kita boleh solat Jumaat di KLIA. Ruang solat ni terletak di rooftop parking B.

“Naik ke tingkat 5 untuk ke sini,” tulis perakam.

Selain rekabentuknya mirip masjid di Madinah, ruang solat ini juga berkonsepkan terbuka dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Pun begitu, ruang solat ini masih dilengkapi penghawa dingin dan kipas serta permaidani untuk memastikan keselesaan jemaah.

Walaupun KLIA biasanya menjadi tumpuan pelawat negara luar, ruang solat tersebut dilihat padat dengan jemaah dipercayai petugas lapangan terbang.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang baru tahu kewujudan ruang solat itu. Malah menurut netizen, lebih senang untuk mereka yang melancong mahupun staf KLIA beribadah.

Selain teruja dan tidak sabar ingin berkunjung ke sana, mereka juga berharap agar informasi ini dapat terus didedahkan agar dapat memudahkan orang ramai.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Video yang tular di laman Twitter