Trio Mat Salleh ‘Join’ Ultras Malaya, Reaksi Terpinga-Pinga Ketika Bersorak Mencuit Hati Netizen

Sukan bola sepak adalah satu sukan yang sangat trending di serata dunia bahkan kita yang duduk melihatnya tidak kiralah di depan kaca tv mahupun di stadium, pasti dapat merasakan semangat yang sama.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, skuad kebangsaan negara berjaya menumpaskan Kemboja dengan skor 4-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa dan difahamkan perlawanan ini merupakan salah satu persediaan Malaysia bagi menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Namun, dalam kemeriahan kemenangan besar skuad Harimau Malaya ini, dapat kita lihat gelagat trio mat salleh yang turut sama turun padang memberikan sokongan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, mereka bertiga yang pada ketika itu memakai jersey Harimau Malaya menyertai Ultras Malaya melakukan sorakan di stadium.

Bagimana pun, apa yang mencuit hati adalah mereka bertiga kelihatan terpinga-pinga, tetapi tetap mengikuti sorakan dan siap memeluk bahu satu sama lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan reaksi yang positif dan terharu melihat sokongan yang diberikan.

“First time tengok mat salleh join ultras malaya.”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga terhibur melihat reaksi ‘blur’ dan terpinga-pinga mereka namuntetap bersemangat bersorak bersama-sama.

Antara komen warga maya:

“Hahaha comel.. respect”

“Sampai habis mat trio salleh ni ikut ultras”


“Member sebelah tanya ‘lagu apa tu’ kau bedal jeee”

“Ini namanya enjoy je walaupun tak tahu pape”

“Tengok diorang macam excited gila sebab sampai habis ha dia join”

“Hahaha benda dah gi enjoy jela”

“Aku cukup suka kalau nampak orang luar macam ni join dengan peminat tempatan tengok bola sekali”

“Depa nak beli tiket pergi Qatar tengok Brazil tapi silap beli, enjoy je lah”

“Dalam diam menyokong malaysia bergerak mengikuti ultras Malaya”

Video yang tular di laman TikTok:

@lilnobleehahahah dorg ikut je 😂 Malaysia vs Cambodia♬ original sound – Lil Eyka