Mak Teruja Rakam Anak Ambil Hadiah, Tiba-Tiba Lain Pula Yang Jadi Buat Netizen Terhibur!

Setiap kali majlis konvokesyen tidak kiralah di University, Sekolah menengah, sekolah rendah mahupun tadika, pasti ibu bapa merupakan orang yang paking excited melihat pencapaian anaknya.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairanlah jika ramai daripada ibu bapa yang ingin merakam momen bahagia itu untuk dijadikan kenangan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terakam satu insiden lucu ketika majlis anugerah cemerlang anaknya telah mengundang tawa ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizaschantique, wanita itu sedang berada di majlis anugerah cemerlang tadika anak perempuannya

Pada awal video, kelihatan anaknya berjalan untuk mengambil hadiah dan segalanya berjalan dengan lancar.

Namun tiba-tiba, wanita tersebut terakam gelagat seorang budak lelaki berbaju biru tiba-tiba lalu di depan kameranya sambil mengorek punggung.


“Rakam gambar anak amik hadiah, tibe2 terakam sesuatu” ujarnya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat spontan kanak-kanak itu apatah lagi dia berhenti betul-betul di hadapan kamera.

“Betul-betul stop depan camera. Lagu dah sedih tiba-tiba ada iklan, buat hal betul lah haha” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mengatakan budak tersebut seakan sedang melakukan ‘iklan’ dalam rakaman itu.

Antara komen warga maya:

“Betul2 stop depan camera..”

“Banyak makan gula adik tu..”


“Lagu tu sedih dah.. tiba2.. bua hal betoii laa.. terselit pulak…”

“Selamba ja.. sambil lalu jer dia ye… aduhhh spoil..”

“Dia buat iklan.. sempat pula dia interframe sambil tangan tu…”

“Nasib baik dia sampai lepas dah ambil hadiah dan tangkap gambar”

“Potong la engko dik… akak tengah feeling tengok adik tu terima hadiah..”


Video yang tular di laman TikTok:

@fizaschantique Rakam gambar anak amik hadiah, tibe2 terakam sesuatu😂😂#seo #fypシ゚viral #foryoupage #berandatiktok #masukberanda ♬ Cinta Bukan Hanya Harapan – ADE