Jep ‘Payung’ Punchline, Gelagat Afifah Nasir Tak Tahan Gelak Buat Ramai Berdekah!

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu atau nama betulnya Muhd Nadzri Zainal Abidin, tentu terngiang-ngiang lawaknya yang spontan. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dibuatnya untuk membuat penonton tidak kering gusi.
Iospital phone repair gombak
Apatah lagi bila di Sepahtu Reunion, scene yang sepatutnya sedih pun boleh jadi lawak.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana punchline yang dilakukan oleh Jep buat ramai tak kering gusi termasuklah artis jemputan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kelaboo, dapat kita lihat cameo pada minggu tersebut ialah Afifah Nasir.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Afifah yang tidak dapat menahan ketawa mendengar lawak Jep sehingga dia seakan lupa bahawa dia sedang berlakon.

Lebih menghiburkan adalah, gelaknya yang bersahaja malah ada yang berseloroh mengatakan dia seperti penonton dan bukanlah artis jemputan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati melihat reaksi bersahaja Afifah Nasir malah ada yang berpendapat dia sangat kelakar walaupun hanya tertawa.

Antara komen warga maya:

“Dia ni jadi tukang gelak pn dh cukup menghiburkan 😂😂”

“please sepahtu jemput ramona dengan afifah ni in one stage , mesti pecah gilaaa 😂😂😂”


“sepatutnya ini babak sedih…d bantainye gelak…aduuiiu…😂😂😂😂😂😂”

“Die dgn ramona sama je jenis mudah terhibur.. Tp ramona mcm bleh tahan LG.. Si pipah ni mmg xbleh tahan nk gelak je kejenye 😂”

“bila presentation depa kelas, kau kena serius tapi tak boleh, dirasuk hantu gelak. I is cannot😂😂”

“kalau camni jenis xleh simpan,nyorok pun xleh..mesti kantoi,duk gelak je..🤣”

“kn best pipah jd best friend ak.. dah la lawa.. hari2 dgr dia gelak ckup la… 😂”

Video yang tular di laman TikTok:

@daddy0scar #sepahtu #sepahtureunion #sepahtureunionlive ♬ original sound – Kelaboo

@daddy0scar #sepahtu #sepahtureunion #sepahtureunionlive ♬ original sound – Kelaboo