“Ingatkan filter” Kecantikan Tangki Air Di Kuantan Buat Ramai Terpegun, Netizen Puji Pelukis Terlalu Kreatif!

Lokasi yang menarik sudah tentu menarik minat pelancong untuk datang apatah lagi bila tempat tersebut sesuai untuk penggambaran filem ataupun sekadar dibuat kenangan.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu pernah viral sebuah tempat di Kelantan di mana mempunyai ‘Sand Dunes’ malah ramai yang mendakwa lokasi tersebut persis dalam cerita Anime Ghibli.

Lain pula ceritanya dengan tempat kali ini dimana tular pula sebuah tangki air viral di Kuantan gara-gara lukisan muralnya berkonsepkan ala-ala UFO dan dasar laut telah mencuri tumpuan ramai.

Dapat kita lihat, sebuah tangki air di tepi jalan yang kelihatan seperti UFO di bahagian atas dan dasar laut di bahagian bawah.

Apa yang lebih menarik adalah lukisan itu nampak seperti hidup jika diperhatikan dengan teliti.

Sekadar info, video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @aniszcenna itu telah mengutip sebanyak 898K tontonan, 95.7K suka, 719 komen, dan 931 perkongsian.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji pelukis mural tersebut kerana kreativitinya yang lain daripada lain.

“Wah hebatnya pelukis dia. Malaysia kena ada satu bandar yang semua bangunan kat kawasan tu dilukis macam ni, mesti gempak!” – Netizen

Netizen juga akui ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong untuk datang bergambar bersama tangki tersebut.

Antara komen warga maya:

“skg ni xbole nk imagine si pelukis tuh, lukis kat dinding ufo tuh tinggi dan berlekuk mmg creative dan berani. hebat”

“nohhh aku ingat filter tadi”


“Kreatiff tapi mcm mne dia buat ooooo”

“kg peramu ni..sejak kecik org kabo nampok mcm UFO kala tgk dr jauh..akhirnya menjadi kenyataan…”

“usaha dorg letak pada lukisam tu fuh..tahniah kepada pelukis/pengecat tangki tu..”

“WOW effect 3D nya sangat cantik dan teliti..mcm dlm cerita animasi..”

 

Video yang tular di laman TikTok:

@aniszcennaNi yg viral tu ek♬ kasih tercipta by faizal tahir – onlylistento