“Sangat humble!” Sporting Lepak Dengan Pekerja Sampai Lewat Malam, Majikan Cina Raih Pujian Netizen!

Terdapat pelbagai faktor menyebabkan kita boleh bertahan lama di dalam sesebuah syarikat contohnya gaji dan tempat kerja yang selesa, suasana kerja yang positif serta rakan kerja dan majikan yang baik.
Iospital phone repair gombak
Namun untuk bertemu majikan yang mesra dengan pekerja bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi pada masa kini kebanyakkan majikan hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kebajikan pekerja.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang majikan sangat sporting dan lepak dengan pekerjanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azlannudin, kelihatan kumpulan lelaki sedang melepak sambil makan di kedai yang tidak dikenal pasti lokasinya.


Akan tetapi apa yang lebih menarik tumpuan adalah apabila majika mereka datang untuk ‘lepak setable’ sambil makan dan minum.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap ramah majikan Cina tersebut yang steady lepak bersama pekerja sehingga lewat malam.

“Majikan yang baik adalah majikan yang sentiasa menyenangi semua orang dan bahagia” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui boss seperti ini yang membuatkan ramai pekerja senang bekerja dan berasa berat hati jika perlu berhenti atau tukar kerja.

Antara komen warga maya:

“Dapat boss ok tempat kerja tak toxic tu satu rezeki besar walaupun gaji tak seberapa..”

“Boss chinese aku dulu pon macam ni.. kalau lepak sekali banyak je topik hahaha.. tapi time kerja kena profesional”


“Dapat boss humble macam ni juga rezeki..”

“Respect boss”


Video yang tular di laman TikTok:

@azlannuddinDpt boss yg humble pon satu rezeki .. Yg selalu dengar masalah driver2 dia .. Tq boss .. sudi luangkan masa lepak mkn dgn kami … 🤲🏻 .. dri tenang smpai gelap .. Ini redtop bohh .,,♬ bunyi asal – intan – 🦋