Isu pemandu yang enggan membayar tol sememangnya bukanlah satu perkara yang baru malah ada yang sanggup melanggar palang tol.
Tidak cukup dengan itu, banyak juga insiden yang berlaku gara-gara terdapat pengguna jalan raya yang ‘cucuk rapat’ kenderaan di hadapannya untuk elak dari bayar tol contohnya seperti yang berlaku terdahulu dimana ada yang sanggup melanggar kereta pelumba rally dan gymkhana negara gara-gara cuba melarikan diri daripada membayar tol.
Baru-baru ini, pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) telah melakukan operasi mengesan penceroboh tol secara kerap. Hasilnya ada beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH pada malam tadi.
Antara yang ditahan semalam adalah Proton X50 berwarna merah dimana pemandu tersebut pada waktu itu diminta menjelaskan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama.
“PROLINTAS terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab culas dalam membayar tol.
Antara komen warga maya:
Baru buat ops dah lama gejala ini berlanjutan. Bayangkan berapa merbahaya pemandu ini memandu secara rapat di tol anda.
— Michael Loh (@MichaelLoh14) September 28, 2022
Kereta baru boleh beli tapi tak mampu nak bayar tol
— Firdaus Mohd Yusof (@FirdausMohdYus2) September 28, 2022
B40 pakai kereta T20 mcm ni la.
— α.c.α.β (@acbnrff) September 28, 2022
Inilah org kata,
tupai melompat pandai, ketanah jugak jatuhnya
— ABANG KIAH (@adiehussin94) September 28, 2022
Ni mesti jenis suka cucuk belakang kete org ngelat nk bayar tol
— Too Tall ™️ (@Nick_farishh) September 28, 2022
Perkongsian yang tular:
Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH malam tadi.@LLMrasmi @MOWorks @PetraJayaMP @paultan @pandulaju
— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) September 28, 2022
Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama. #kantoi pic.twitter.com/SvtW3GSsja
— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) September 28, 2022
PROLINTAS terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol. #AWAS
— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) September 28, 2022